MCH|22

3.2K 240 29
                                    

SETELAH penat berperang selama seminggu, akhirnya exam awal tahun pun sudah tamat.

"Esok jogging jom?" ajak Adam sambil mengambil tempat dihadapan Firhan.

"Mana?" soal Firhan.

"Usually place la, Bukit Jalil."

"Aku on!" kata Hadi.

"Pagi eh?" tanya Iqmal.

"Dahtu... kau nak lepas Isyak ke?" jawab Adam, loyar buruk.

"Aku tanya je..." balas Iqmal senada.

"Aku bawa Farrah eh." ujar Firhan.

"Bawa lah, aku tak kesah."

Aktiviti dalam kelas agak santai ye memandangkan majoriti guru terlibat dengan penandaan kertas peperiksaan mereka.

"Nyah, kau takde apa-apa story ke?" tanya Hadi lalu memandang ke arah Firhan.

Firhan terus membuat muka 'what'.

"Kau kan selalu banyak cerita, ni senyap je." ujar Hadi. Tangannya mencapai coklat cadbury kepunyaan Firhan.

"Aku pun tak tahu la... Mummy pun takde cakap apa-apa pasal childhood aku tu." kata Firhan sambil merampas semula coklat cadbury yang berada di tangan Hadi.

Amboi dia, sesuka hati je makan coklat kita!

"I see. Sendu betul hidup kau ni." komen Hadi selamba.

Maka bermula lah sesi tukar tangan mengambil coklat. Payah kalau dua-dua hantu coklat.

"Aip, coklat aku tu! Habis nanti." marah Firhan.

Hadi menjelir lidah. "Biar lah, siapa suruh beli satu bar je. Lain kali beli sepuluh bar. Baru cukup."

"Kepala bapak kau! Habis duit aku je." kata Firhan geram.

"Ha gaduh la korang dua." ujar Adam sambil berpeluk tubuh.

Dia dan Iqmal hanya mampu memerhati sahaja. Mereka berdua terlalu matang dalam hal sebegini.

Eh, matang ke?

Sara datang menghampiri mereka berempat.

"Hoi." tegurnya.

"Apa?" jawab Hadi dan Firhan serentak.

"Coklat pun nak gaduh ke?" tanya Sara, bosan.

"Of course! Hadi ah semak ambik coklat aku." jawab Firhan, laju.

"Budak-budak lah korang ni. Coklat pun nak jadi isu." omel Sara lalu tangannya mengambil sedikit coklat.

Aik, kata orang? Dia pun sama je.

"Cakap kat orang, dia pun sama je." Firhan menjeling Sara yang kusyuk makan coklat itu.

"Suka hati aku la. Janji coklat ni sedap dari drama korang yang entah apa-apa." balasnya selamba.

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now