KEJADIAN malam tadi membuatkan hatinya berbunga-bunga. Mana taknya, first time naik motor dengan crush. Fuh, of course la berbunga-bunga hati tu.
"Bang chik kenapa... Macam orang angau je." tegur Farrah apabila melihat abangnya tak habis sengih.
"Itu lah, angah pun perasan juga dik. Bang chik kau ni sah angau." sokong Faris pula.
"Kan? I know it right. Dia tak nak bercerita pula. Alamak, rahsia lah tu." seloroh Farrah sambil jeling.
"Bukan tak nak cerita, alah tapi malu lah." balas Firhan bersama gaya gediknya.
"Hai... Adik along ni dah pandai angau?" tegur Farhan sebaiknya dia tiba di meja makan.
"Of course lah, long. Aku tak tahu dia belajar dari siapa angau-angau ni." kata Faris lalu memberi laluan kepada Farhan untuk mengambil tempatnya.
Farhan mampu geleng kepala. "Biasa lah tu, remaja kan. Haa... Bak lagu tiktok tu yang 'kita remaja yang sedang mabuk asmara'. Macam kau la tu, bang chik." sempat lagi dia mengusik Firhan.
"Hoi, m-mana ada!" balas Firhan sambil menahan blushing.
"Ye lah tu, habis tu kenapa pipi merah-merah tu? Nak cendol?"
"Eish, korang ni. Tak baik betul buli I." kata Firhan dengan nada gediknya.
"Daripada atas lagi mummy dengar riuh-rendah suara awak semua. Apalah topik yang hangat dibicarakan tu?" Puan Syuhada datang menghampiri mereka semua.
"Anak mummy tu lah, dah pandai angau. Kantoi la dah tangkap cinta."
Puan Syuhada memandang Firhan dengan pandangan atas bawah. Lain macam betul ye anaknya seorang ini.
"Really? Siapalah gadis yang bertuah itu..."
"Nanti mummy tahu lah." balas Firhan bersahaja.
Malu lah tu nak bagitahu.
"Ceh, nak berahsia konon." kata Farhan dengan nada menyampah.
"At least orang ada juga someone special. Dari along?"
"Belajar dulu budak, jauh lagi perjalanan hidup kau." kata Farhan sambil menunjal kepala Firhan.
"Adoi, along ni! Sakit lah kepala orang." adu Firhan sambil menahan sakit.
Kuat juga eh tunjalkan dia tu.
"Sudah, jom breakfast." ajak Puan Syuhada.
Lalu mereka semua bersarapan bersama-sama.
Setelah selesai sarapan, Puan Syuhada membahagikan tugasan kepada mereka berempat.
"Han, nanti basuh eh pinggan mangkuk dalam singki tu. Today is your turn." arah Puan Syuhada.
"Aduh, malas lah." balas Firhan.
"Tak payah mengada, pergi je basuh." potong Puan Syuhada.
"Tak nak la basuh pinggan mangkuk." keluh Firhan.
"Han nak basuh pinggan mangkuk ke lipat kain?" tanya Puan Syuhada.
Firhan menelan air liur. Dia lebih rela basuh pinggan mangkuk dari lipat kain.
Walaupun membasuh ni agak melecehkan kerana basah separuh badan juga lah.
"Hmmm, ye lah. Han basuh pinggan mangkuk." pasrah sahaja nada Firhan membalas.
"Tahu pun." jawab Puan Syuhada.
*****
"Han." panggil Farrah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Crush Headprefect | Complete
Teen FictionSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...
