SEBULAN KEMUDIAN
"EH Nurin, kenapa tak bagitahu nak datang?" tegur Puan Syafina.
Nurin atau nama panjangnya Fawwaz Nurin tersenyum mendengar suara Puan Syafina menegurnya.
"Saja nak buat surprise ibu." Nurin menyalam tangan Puan Syafina.
"Ni Luqman tahu tak kamu datang sini?" tanya Puan Syafina, setahunya Luqman tidak memberitahu pun yang Nurin ingin berkunjung ke rumahnya.
Fawwaz tersenyum. Dia sengaja ingin membuat suprise kepada bakal mak mentuanya.
"Hahaha tak juga. Kan Nurin dah cakap, nak buat surprise tadi." balasnya.
"Kamu duduk lah dulu. Ibu pergi buat air kejap." pinta Puan Syafina lalu melangkah pergi ke dapur.
"Mana ayah dengan adik?" tanya Nurin. Selalunya kalau dia datang, mesti Encik Latiff dan Sara akan menyapa.
"Mereka ada urusan tu. Safa pun ikut sama, tinggal lah ibu sendirian. Maklumlah Luqman busy kerja." jawab Puan Syafina.
Air teh o panas dituangkan ke dalam cawan.
"Kamu tak kerja ke hari ini?"
Nurin pantas menggeleng.
"Fawwaz cuti hari ini ibu. Itu yang takde benda nak buat, datang lah rumah ibu." balasnya.
"Oh begitu. Tak jadi masalah pun kalau kamu nak datang sini tak lama lagi kamu kan bakal jadi sebahagian daripada keluarga kami." ujar Puan Syafina dengan gembira.
Pandai betul Luqman pilih girlfriend, tahu-tahu je bakal jadi isteri. Dalam diam ubi berisi.
"Eish ibu ni, malu lah Nurin." ujarnya menahan malu.
Pipinya sudah kemerah-merahan. Adu, mana nak sorok muka ni!
"Duduk lah macam rumah sendiri. Ibu nak masak tengah hari kejap lagi tiga beranak tu balik confirm lapar." tutur Puan Syafina lalu membuka peti sejuk untuk mencari bahan yang boleh masak makan tengah hari.
Tiba-tiba kedengaran ada orang memberi salam. Ni mesti tiga beranak tu, baru je cakap. Masin betul mulut ni.
"Ibu! Adik dah balik." jerit Sara.
Sara jalan menghampiri ruang tamu.
"Eh Kak Nurin, bila sampai?" Sara terus menyoal sambil menyalam tangan Kak Nurin.
Nurin menyambut salam Sara itu. "Baru lagi, tak sampai sepuluh minit. Sihat ke?" balasnya dengan ramah.
"Alhamdulillah sihat kak. Ni ada apa hajat ke mari? Rindu ke." usik Sara.
"Kau ni Nurin, asal tak cakap nak datang? Kalau tak aku suruh dah ayah pick-up tadi." Safa menegur Nurin.
Nurin tergelak kecil. "Aku nak buat surprise lah Safa, kau ni macam tak biasa je."
"Bukan tak biasa tapi terlampau biasa."
Macam tulah perempuan bila berjumpa perempuan. Pasti ada gelak tawa bersama.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Crush Headprefect | Complete
Teen FictionSARA ILYANA × FIRHAN HAZIQ Mereka pernah berkenalan pada zaman childhood namun berpisah kerana urusan keluarga. Apabila umur sudah cecah angka 17, mereka bertemu semula. Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan bahawa mereka pernah berkenalan. ...
