MCH|10

4.1K 310 27
                                    

ADAM IZWAN memerhati wajah rakannya seorang itu. Gayanya macam ada masalah besar sahaja. Bukan sekali dua namun banyak kali dia melihat wajah Firhan seperti menyorokkan sesuatu.

"Firhan, kau okay?" tanya Adam prihatin. Kini dia berada di rumah Firhan.

"Aku okay je lah." jawab Firhan.

"Aku kenal kau bukan setahun dua, dari umur 8 tahun kita kenal... Aku tahu wajah kau ni mesti ada something. Tell me, apa yang kau gusarkan tu?" Adam tidak berputus asa, dia mencuba mengorek rahsia.

Firhan tidak membalas. Dia hanya diam menyepi.

"Macam biasa lah, Izwan. Firhan tu takde benda lain dia nak fikir... Asyik fikir si childhood friend dia lah, Yana tu." celah Puan Syuhada.

"Aku dah agak." ujar Adam sepatah.

"Masih tiada apa-apa perkembangan ke?" tanya Adam lagi.

Firhan menggeleng kepala. "Yang aku tahu, daddy ada cakap keluarga dia pindah ke sini semula. Tapi tak pasti sekolah kat mana, duduk rumah lama atau sebagainya." balas Firhan.

"I see, aku pun no comment la sebab takde apa-apa petunjuk."

"Tapi jangan pernah berputus doa. Aku yakin, mesti korang akan berjumpa juga. Sabar banyak-banyak." tutur Adam lalu menyua cekodok di dalam mulutnya.

Sepatutnya Iqmal turut ada sekali tapi dia tak dapat datang kerana ada hal keluarga yang perlu diuruskan. Jadinya terpaksalah mereka lepak berdua.

"Ye aku tahu, aku tak pernah berhenti doa. Tiap-tiap masa... Tak pernah jemu aku mendoa." balas Firhan.

"Sudah la tu, jangan fikir sangat. Ni aku nak tanya dekat kau." pinta Adam.

"Apa dia?"

"Semalam masa pembentangan tu, macam mana kau boleh dapat idea nak bincang pasal hantaran?"

"Aku pun tak sangka aku dapat idea tu. Entah lah otak aku tiba-tiba je."

"Ke... Kau dah rancang nak kahwin dengan Sara ni." usik Adam.

"Siapa pula Sara tu?" tanya Farrah.

"Alah, classmate abang yang abang kata budak baru tu. Anak pengetua." balas Firhan.

Adiknya seorang itu amatlah strict tentang perempuan yang abangnya minat. Buatnya dapat perangai macam Mikayla tu, terbalik dunia.

"Lah, cantik ke?"

"Cantik."

"Tapi kan dik, Adam kata bila dia tengok abang dengan Sara tu..."

"Apa dia? Cuba cakap tu bagi habis!" marah Farrah.

"Hish sabar lah dik! Adam kata kami ni nampak macam dah pernah kenal. Sebab tak kekok langsung. Tapi ada masanya kami kekok juga." sambung Firhan.

Tak mahu dia kena sepet ketam dengan Farrah tu. Boleh tahan sakit juga badannya.

"Hmmm, pelik. Apa nama panjang dia?" Farrah mula mengetuk jari di atas meja.

"Entah, abang tak ambil tahu." jawab Firhan selamba.

Tapi betul kan, buat apa dia nak ambil tahu kalau orang tu tak penting dalam hidupnya?

Ye ke tak penting... Yakin sangat ni.

"Mari makan, mummy baru siap masak ni." ajak Puan Syuhada.

"Makan la dulu, Han kenyang lagi." tolak Firhan.

"Okay, kalau nak apa-apa datang je dapur tu. Mummy ada situ." tutur Puan Syuhada lalu beredar menuju ke dapur semula.

Dia ingin menyiapkan dessert untuk mereka sekeluarga nanti. Katanya, dia sedang memasak caramel pudding dan chip chocolate hazelnut cookies.

"Adam... tak nak makan ke?" soal Farrah.

Takkan la dia seorang sahaja yang makan?

"Kejap lagi, Farrah makan lah dulu." balasnya.

Farrah angguk lalu dia pun beredar menuju ke ruang tamu. Biarlah para jejaka sahaja yang lepak di meja makan itu.

Nak duduk situ, dia malu. Maklumlah dia seorang sahaja perempuan... takde kawan.

*****

"Syu kan, kadang-kadang kesian juga tengok dekat Han tu.... Tiap-tiap hari dia asyik sebut nama Yana tu." luah Puan Syuhada.

"Nak buat macam mana kita masih tiada apa-apa petunjuk lagi pasal mereka." kata Encik Fakhrul pula.

"Haritu Syu dengar ada jiran masuk dekat taman depan sana tapi Syu tak sempat nak berkenalan pula." beritahu Puan Syuhada.

"Kenapa Syu tak pergi berkenalan dengan mereka?"

"Syu takde masa lah bang. Syu busy dekat rumah ni."

"Nanti Syu ada masa, cuba lah melawat jiran tu. Abang tak nak nanti kita kena cop hidung tinggi pula."

"Ya lah, Syu faham. Abang jangan risau..."

"Seronoknya merpati dua joli tu bersembang." usik Farhan.

"Akim jealous cakap je lah, boleh mummy cari kan calon menantu." balas Puan Syuhada selamba.

"Siapa je nak dekat Akim ni? Kalau Faris tu lain lah ceritanya..."

"Akim tu ramai je orang minat, tapi tula buta tak nampak langsung orang yang dia minat tu." sindir Puan Syuhada.

"Dah memang betul kan, daddy?" matanya beralih ke arah Encik Fakhrul.

"Daddy mana tahu apa-apa." Encik Fakhrul jungkit bahu, tak mahu dia masuk campur.

"Alah daddy ni..."

"Malas, malas. Kamu je lah yang settle dengan mummy. Daddy naik dulu." pamit Encik Fakhrul.

"Tengok lah tu daddy pun tak nak masuk campur. Kesian kau ye, Long." sampuk Faris pula.

"Along memang kesian orangnya... Angah baru tahu ke?" giliran Farrah pula mencelah.

"Ha ah, tiba-tiba baru tahu."

Ceh, loyar buruk betul. Ish-ish tak patut.

"Aip korang ni, kemain majal Along ye? Takpe, ada ubi ada batas... Ada hari Along balas." ujar Farhan bersama senyuman nakal.

Dia tahu siapa target seterusnya...

"Mana Han?" tanya Puan Syuhada.

"Duduk dalam bilik, biar lah dia tu." jawab Farrah pula.

"Lepas je Adam balik tadi, dia memang berkurung je ke?" Farrah angguk.

"Han tu... macam tak biasa pula, dia kan kadang moody tak kena tempat." balas Faris.

"Takpe lah, nanti mood dia okay sikit mummy pergi lah tanya apa masalah dia." putus Puan Syuhada.

Antara mereka berempat, Firhan sahaja yang paling rapat dan manja dengan Puan Syuhada. Selebihnya semua sama rata.

Tapi Puan Syuhada tak pilih kasih pun, misal kata anak-anaknya yang lain ada masalah dia akan mendengar juga. Puan Syuhada sememangnya seorang yang pendengar setia. 

Setiap masalah anak-anaknya akan diketahui. Tak kira lah pasal sekolah ataupun sebaliknya. Berbeza pula dengan Encik Fakhrul, dia cuma mendengar tapi tak beri apa-apa respon.

Barangkali, dia lebih gemar mendengar daripada memberi respon. Andai kata tersalah cakap, parah juga.

"You guys ni nak buat apa?" tanya Puan Syuhada.

Jam sudah pun menujukkan 11 malam, masih tak tidur lagi budak bertiga ni.

"Layan netflix dulu, my. Esok cuti." jawab Farhan.

"Elok-elok lah tengok tu, mummy naik atas dulu. Jangan tidur lambat sangat... Nanti payah nak bangun solat subuh berjemaah." pesan Puan Syuhada.

Mereka angguk. Lalu mula lah marathon tiga beradik tu.

To Be Continued

Mr Crush Headprefect | CompleteWhere stories live. Discover now