MCH|18

3.9K 269 30
                                        

HARI yang dinantikan pun telah tiba. Sekarang mereka semua dalam perjalanan menuju ke Berjaya Times Square.

Amna, Maisarah, Farrah menaiki kereta bersama Sara. Hari ini Sara pula yang memandu. Nasib baik kerana parents Sara memberi kebenaran untuk bawa kereta.

Kalau tidak, memang berhimpit la mereka berlapan naik kereta Honda Civic kepunyaan ayah Iqmal.

Manakala yang lelaki pula naik bersama Iqmal.

"Bukan kau kata abang kau nak hantar ke?" tanya Amna.

"Supposed to but, tiba-tiba ada urgent. Aku pun macam suka hati kau la bang." jawabnya.

"Boleh pula ada urgent matter suddenly?"

"Entah dia tu."

"Takpe la, janji kita selamat sampai itu pun dah kira okay." balas Maisarah.

Seketika kemudian mereka kembali senyap. Tidak tahu ingin berborak apa.

Untuk menghilangkan rasa sunyi, Sara membuka radio. Kebetulan, lagu kegeramannya tengah dimainkan sekarang.

Everytime by Punch.

"Kau tahu eh lagu ni?" soal Maisarah.

Sara angguk. "Lagu ni la yang buat aku rasa berbunga-bunga bila ingat crush aku." Sara sengih.

"Siapa pula crush kau."

"Nanti korang akan tahu."

"Nak berahsia ke sia." Amna tidak berpuas hati dengan jawapan Sara.

"Bukan nak berahsia, tapi... Nanti je la korang tahu."

"Kedekut Sara ni." kutuk Amna.

Farrah hanya diam membatu. Dia tidak tahu ingin berborak apa. Sudah la baru kenal hari ini, memang rasa awkward lah.

"Farrah, diam je ke?" tegur Sara.

"Ha, Farrah tak tahu nak sembang apa." balasnya.

"Cuba la kamu sembang dengan kami, kami layan je." ajak Maisarah.

"Malu lah, kak."

"Jangan malu, kami tak makan orang la."

Farrah senyap. Sesungguhnya dia berasa sungguh awkward sekali.

Setelah itu, mereka selamat tiba di Berjaya Times Square diikuti kereta yang dipandu oleh Iqmal.

"Kita nak ke mana dulu wahai anak-anak?" soal Adam terlebih dahulu.

"Aku pun tak tahu lah." balas Sara.

"Hmmm, mana eh kita?"

"Movie start pukul berapa?" tanya Maisarah.

"Dalam 12 lebih macam tu." jawab Iqmal.

"Ada yang nak makan ke?"

Mereka semua geleng. "So, kita jalan-jalan je la. Nanti lepas habis wayang lah baru makan." putus Sara.

Mr Crush Headprefect | CompleteTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang