BAB 28

2.7K 88 3
                                    








✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧










        Hampir seminggu Encik Ismail dan Puan Aina meluangkan masa di Kuala Lumpur sebelum mereka mengambil keputusan untuk balik ke kampung. Risau pula akan ternakan mereka di kampung walaupun sudah dia pesankan pada jiran sebelah untuk tengokkan ternakan mereka itu.

Namun dia tidak mahu bebankan jirannya itu yang juga turut menternak haiwan peliharaan.

Aidan yang tika itu tengah bersarapan terus tak jadi menghabiskan sarapannya bila Encik Ismail memberi keputusan seperti itu.

"Alaaaa... " Encik Ismail dan Puan Aina ketawa kecil.

"Adik bukannya tak boleh balik. Boleh sajakan? " Balas Encik Ismail.

"Tapi sekejap sangatlah ayah. "

"Memanglah. Ayam dengan itik dekat rumah tu tak ada yang tengokkan. Rumah tu tak ada yang jaga. " Puan Aina menyampuk.

Aidan mencebik kecil. Garfu di cucuk ke pinggan yang berisi mi goreng basah yang di masak Puan Aina.

"Dah, habiskan mi tu. " Puan Aina bersuara lagi. Dia mengangguk kecil. Dalam hati dia masih berat nak biarkan ayah dan ibunya balik ke kampung.

"Alaaa kamu ni Aidan, bukan tak boleh balik kampung. Nanti ada cuti, baliklah kampung. " Sampuk Tan Sri Yusoff yang sedari tadi memerhati sambil tersenyum. Tercuit hatinya melihat karenah menantunya itu.

Aidan mencebik kecil.

"Tapi Yuz susah nak dapat cutilah. "

"Eh, apa salahkan Yuz pula? " Yuzma muncul membawa semangkuk bebola ikan yang di gorengnya tadi.

"Abang nak balik sekali dengan sayang. Tak best kalau balik seorang diri. " Yuzma ketawa kecil. Mangkuk di tangan di letak di atas meja sebelum mengambil tempat di tepi Aidan.

"Bila masa pula Yuzma tak nak balik kampung sekali? Yuz naklah. Yuz pun nak juga rasa suasana duduk di kampung abang. " Balasnya membuatkan Aidan tersenyum suka.

"Dahlah, makan. " Dan meja makan itu kembali sunyi bila mereka semua diam menikmati sarapan yang di sediakan.
  
  
    
    



✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧







   
   
   
     HARI yang sibuk berlalu seperti biasa tapi tidak bagi Aidan. Sejak kedua orang tuanya balik ke kampung semula, ingatannya sering saja terfikirkan ibu mertuanya yang tidak di ketahui di mana berada. Nak di tanya pada Yuzma, sudah berbuih mulutnya namun isterinya itu tetap mendiamkan diri. Berbagai alasan cuba di wujudkan setiap kali dia menyoal. Nak di tanya pada ayah mertuanya, orang tua itu langsung saja mengelak.

Niatnya cuma satu. Mahu meminta maaf pada Puan Sri Lailatul dan ingin kembalikan suasana damai dalam keluarga itu. Namun dia sedar, bukan mudah nak menangi hati ibu mertuanya. Nak-nak lagi sejak berlaku kes malam itu.

Jadi langkah pertama yang dia sudah fikir lama ialah perlu menangi hati Puan Sri Lailatul. Jika sudah, mudah untuknya memujuk Tan Sri Yusoff pula.

Tapi sekarang ni dia tak tahu keberadaan ibu mertuanya itu. Kampungnya pun dia tak tahu di mana. Keluhan kecil terlepas dari bibirnya namun seketika kemudian dia tersenyum. Ni ujian untuk dirinya dalam nak mengembalikan kedamaian dalam keluarga itu. Jadi dia haruslah punyai semangat dan tekad yang kuat.
  
  
  
    
    
    

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now