BAB 51

1.7K 59 4
                                    









✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧













           Habis waktu kerja, Aidan memandu kereta menuju hospital. Sejak-sejak Yuzma mengandung ni, dia larang keras Yuzma memandu kereta sendiri pergi ke tempat kerja. Dia ambil alih jadi tukang pandu Yuzma. Wanita itu boleh memandu kereta sendiri jika dia ada kerja penting.

Sampai di hospital, kereta diparkir pada tempatnya sebelum dia keluar menuju lobi hospital. Agak kacau dibahagian lobi itu. Telinga di pasang mahu mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Rupanya berlaku kemalangan ngeri yang melibatkan sepuluh buah kenderaan dan sebuah lori yang membawa kontena. Lori yang membawa kontena itu hilang kawalan dan merempuh kereta yang berada didepannya.

Empat orang meninggal di tempat kejadian akibat tersepit dan rentung manakala yang lain masih cuba diselamatkan.

Kelibat Yuzma yang berjalan agak laju ke arahnya dipandang dan dihampiri. Risau melihat langkah isterinya itu agak laju.

"Perlahan sikit sayang. " Tegurnya belum pun sempat Yuzma bersuara.

"Maaf abang. " Tangan Aidan dicapai sebelum disalam dan dicium.

"Tak balik ke? " Soal Aidan. Yuzma menggeleng. Nafas cuba disekatakan.

"Yuz diperlukan dekat emergency room. Abang tahu kan kes kemalangan tadi? Ada laporan dari pihak bomba yang mengatakan mangsa yang terlibat makin meningkat sebab kebakaran tu makin merebak dari kereta ke kereta. Jalan pula jem. Sesak. " Jelas Yuzma.

"Tak apa. Sayang kalau tak larat, rehat okey? Jangan paksa. Nak bantu pun fikir tentang kesihatan sayang. " Yuzma mengangguk.

"Nanti kalau nak balik call abang tau. Nanti abang jemput. " Pesan Aidan lagi.

"Baik abang. Maaf tau tak dapat balik sama. " Aidan menarik senyum kecil.

"Tak apa. Dah tanggungjawab sayang. Pergilah. Nanti yang lain tercari-cari pula. " Yuzma akur. Aidan dipeluk erat buat seketika meminta kekuatan.

"Hati-hati abang balik tu. " Aidan mengangguk lagi. Bila hilang kelibat Yuzma, barulah dia berlalu pergi ke kereta.

Masuk ke dalam kereta, kerusi diturunkan. Memang taklah dia nak balik ke rumah. Dia lagi rela tunggu Yuzma didalam kereta. Risau dia akan isterinya itu.

Lewat malam Aidan terbangun dari tidurnya bila telefon bimbit yang dia letak dikerusi penumpang berbunyi. Lantas panggilan dijawab tanpa melihat nama si pemanggil.

"Assalamualaikum, abang. Dah tidur ke? " Soal Yuzma didalam talian.

"Waalaikumussalam. Dah. Kenapa? Dah nak balik ke? " Muka diraup menghilangkan kantuk.

"Ya. Ni Yuz tengah tunggu dekat lobi. "

"Okey. Tunggu situ. " Panggilan dimatikan. Enjin kereta dihidupkan dan seketika kemudian kereta dipandu menuju lobi hotel.

"Eh, lajunya abang. " Terkejut Yuzma bila Aidan berada didepan mata. Lelaki itu cuma tersengih.

"Abang tak balik pun. Abang tidur dalam kereta tadi. " Jawabnya seraya dipimpin Yuzma menuju kereta.

"Letih ya? " Soalnya tika kereta sudah berada diatas jalan raya.

"Letih. " Gumam Yuzma. Mata dipejam erat.

"Tidurlah. Nanti abang kejut bila dah sampai. " Ujar Aidan. Tangan kiri naik mengusap perut Yuzma. Tak mengambil masa yang lama, Yuzma sudah masuk ke alam mimpi. Nampak sangat letih isterinya itu.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now