BAB 2

5.7K 122 7
                                    






✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧








       Kereta di perlahankan dan membelok ke depan kedai runcit itu. Kereta di matikan sebelum dia keluar. Orang kampung yang tengah bersembang di kedai runcit itu di sapa.

"Assalamualaikum. "

"Waalaikumsalam Pak Mail. Baru balik ke? " Soal tauke kedai, Encik Abu.

"Ya. Nampak meja tu penuh, aku singgahlah kejap. Dah lama tak minum kopi yang kamu buat ni. " Balas Encik Ismail buatkan Encik Abu tergelak kuat.

"Biasa-biasa aje kopi aku tu Pak Mail. " Ujarnya sebelum berlalu ke belakang untuk membancuh kopi yang di pesan Encik Ismail.

"Banyak sangat masalah yang berlaku dekat kampung kita ni sekarang. " Ujar salah seorang penduduk kampung. Encik Ismail hanya memasang telinga. Tiada niat mahu menyampuk.

"Hari tu berlaku kecurian dekat rumah si Bidin. Habis barang kemas isteri dengan anak dia. " Tambahnya lagi. Beberapa orang penduduk kampung turut memasang telinga. Mereka menggeleng tak menyangka.

"Ada yang kata kerja budak-budak yang melepak tengah malam tu. " Suara pula seseorang.

"Ada bukti ke? Kita ni tak boleh nak menuduh. Kita kena ada bukti dulu. " Tukas Encik Abu yang muncul membawa secawan kopi panas dan di letakkan di depan Encik Ismail.

"Mustahillah orang tu nak fitnah Abu. Mustahil! " Tegas lelaki yang berkata-kata sebentar tadi. Dia yakin dengan apa yang di dengarnya. Siapa lagi yang mencuri kalau bukan budak-budak yang suka melepak di tepi jalan sampai subuh tu.

"Jangan nak percaya sangat kalau tak ada bukti. Kita ni jiran sekampung. Bersaudara. Tak nak nanti bergaduh apa semua. " Nasihat Encik Abu lagi sebelum dia berlalu ke belakang.

Lelaki itu mendengus kasar sebelum bercerita tentang hal lain pula. Malas nak melawan kata Encik Abu. Encik Ismail diam di meja hujung. Habis saja kopi yang di pesannya, wang bernilai seringgit di letakkan di atas meja sebelum berlalu tanpa bersuara apa-apa.

Petang itu terasa seperti petang yang paling malang dalam hidup Aidan bila dia dan abangnya Adam bergaduh kerana Fazira. Isteri abangnya tertangkap sedang duduk berduaan dengan seorang lelaki di sebuah kedai makan oleh Aidan namun Adam seakan buta. Dia tidak percaya akan kata-kata yang adiknya lemparkan.

Huru-hara jadinya rumah itu bila mereka bertumbuk sesama sendiri. Dan ayahnya serta ibunya lebih memihak kepada Adam dan Fazira bila perempuan itu bijak berkata-kata dan membuatkan seluruh keluarganya percaya akan perempuan itu.

"Kau tak payah nak menipulah perempuan! Aku sendiri nampak kau tengah bertepuk tampar dengan mamat tu lepas tu kau tak nak mengaku?! "

"Fitnah! Dia fitnah saya abang. Saya tak pernah pun buat benda terkutuk tu di belakang abang. Dia aje ni yang tak puas hati dengan saya sampai fitnah saya macam tu sekali. " Bidas Fazira seraya membuat muka kesian menyebabkan satu keluarga itu percaya. Aidan rasa tercabar bila dia langsung tidak di ambil peduli.

"Sebab tulah kau orang tak ada anak! Perempuan ni tahu nak kikis duit orang aje! " Cemuh Aidan akibat geram. Matanya tajam merenung perempuan itu. Nafasnya juga turun naik menahan amarah.

"Kurang ajar!! " Tempik Adam kuat sebelum meluruh ke arah Aidan. Penumbuknya di layangkan tepat ke rahang Aidan. Jatuh tersungkur adiknya itu.

"Eloklah tu! Back up sangatlah perempuan sundal tu! " Balas Aidan kasar sebelum berlalu meninggalkan rumah itu. Jeritan dari Adam dan Encik Ismail tidak di hiraukan. Motornya di pulas laju keluar dari kampung itu.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now