BAB 30

2.6K 89 3
                                    







✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧












       Selesai mengemas meja kerjanya, Yuzma terus berlalu keluar dari situ. Pengumuman tarikh puasa semalam yang disiarkan di kaca televisyen mengingatkan dia kepada barang dapur yang juga kian sikit. Lalu dia terus menuju ke pasaraya untuk membeli barangan dapur.

Tika sedang menolak troli menuju bahan kering, telefon di dalam beg tangannya berbunyi. Lantas di jawab segera bila panggilan itu dari Aidan.

"Waalaikumussalam, abang. Kenapa? " Soalnya. Pek kopi pekat kegemaran Aidan di capai.

Beberapa minit kemudian dia menamatkan panggilan dan terus mencari barang dapur yang lain. Tidak sampai sepuluh minit berlegar-legar mencari barang dapur, bahunya di cuit dari belakang.

"Assalamualaikum. " Sengih Aidan.

"Waalaikumussalam. Abang...!! " Mata di jegilkan kerana rasa terkejut sebentar tadi. Main cuit-cuit bahu pula.

Aidan cuma tersengih.

"Nak cari apa lagi? " Soal Aidan. Troli dia ambil alih lalu mengikut langkah doktor cantiknya.

"Nak cari gula dengan minyak. Lepas tu kita ke bahagian basah pula. Yuz nak cari kerang. Nak masak sambal. Esok nak sahur tak payah susah-susah nak masak. " Aidan mengangguk kecil sambil mengekori isterinya.

"Sayang, lepas masak malam nanti kita balik rumah papa ya. Kita sahur dengan berbuka dekat sana. Boleh tak? " Soalnya.

"Boleh. Yuz pun baru nak minta izin dengan abang. Okey dah jom. Abang nak makan apa-apa tak? Yuz masakkan untuk malam nanti. Kerang tu Yuz masak untuk sahur esok. Kalau abang nak makan sambal kerang tu Yuz beli lebih sikit. " Aidan di renung menunggu jawapan.

"Beli udanglah. Kerang tu buat sahur saja. Malam nanti kita makan udang. Belilah yang lain. Terpulang pada sayang. Abang makan je apa yang sayang masak. " Balas Aidan ringkas.

"Perghhh... Besarnya ikan. " Ikan besar-besar di atas meja dia perhati satu persatu. Ni kalau pancing ni jenuh nak menarik. Bisik hatinya.

"Kenapa? Abang nak ikan tu ke? Yuz minta pekerja tu potongkan. " Laju dia menggeleng. Ikan besar macam tu rasa seram pula nak makan. Besarnya pun lebih kurang badannya. Yuzma tergelak kecil bila dia laju menggeleng.

"Dah? " Soal Aidan. Yuzma mengangguk kecil.

"Okey, jom. " Troli di tolak menuju kaunter pembayaran. Duit di keluarkan dari dompetnya bila harga barang yang di beli terpapar di depan skrin. Yuzma mahu bersuara tapi Aidan menggeleng kecil. Sudah cukup dirinya di tanggung selama dia duduk sebumbung dengan Yuzma. Semalam dia terdengar satu ceramah yang mengatakan haram bagi suami memakan hasil titik peluh isteri tanpa izin si isteri. Jadinya dia tidak mahu benda seperti itu berlaku.

Lagipun dia suami. Memang tugas suami yang menyediakan keperluan semua.

"Mulai hari ni, barang keperluan biar abang yang tanggung. Duit sayang tu simpan saja untuk kecemasan ke apa ke. " Ujarnya sambil meletakkan plastik barangan dapur ke dalam bonet.

"Baiklah. " Akur Yuzma. Nak cakap apa lagi kalau Aidan dah bertegas. Selesai itu, mereka keluar dari pasaraya tersebut.

"Oh lupa abang nak cakap. " Sambil itu topi keledar di capai dari bakul motornya.

"Duit nafkah untuk bulan ni abang bagi nanti malam ya? Abang lupa nak topup dompet abang. Sebelum balik abang nak ambil duit dulu. "

"Abang ni, itukan bila-bila masa pun boleh kasi. "

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now