BAB 11

3.2K 117 12
                                    

Hahahahaha.... Maaf ya pada yang dah kecewa di bab sebelum ni. Jangan ambik hati ye😂😂

So okay! Ni bab yang real takde prank² dah.

Jangan lupa tinggalkan vote awak semua ya, terima kasih dan selamat membaca.

😊😊😊



✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧









   HARI berlalu seperti biasa dan Aidan serta Yuzma sibuk dengan kerja mereka. Setiap hari ada saja yang perlu mereka lakukan. Nazrel dan Puan Sri Lailatul tidak pernah lepas dari mengganggu Aidan tika Yuzma tidak ada di rumah. Kegiatan mereka itu tidak disedari orang lain.

Hujung minggu Yuzma mengambil keputusan untuk pulang sebentar melawat keluarganya.

"Abang, pergilah duduk dekat luar. " Rungut Yuzma bila Aidan asyik berkepit dengannya. Dah banyak kali ditegah lelaki itu namun hanya gelengan yang dibalas Aidan. Lelaki itu setia mengekorinya.

Tak senang dibuatnya Yuzma bila ada yang menempel padanya. Nak cuci pinggan pun rasa tak selesa.

"Abang.... " Yuzma menderam.

"Tak naklah. Sayang ni balik sini tak kasi tahu pada abang lepas tu sibuk nak halau abang. Tak sukalah. Abang tak suka balik sini. " Hampir-hampir Aidan mahu menangis.

"Siapa suruh tidur dalam kereta tadi. " Perli Yuzma. Aidan menjeling tajam tapi tangan tetap erat memeluk lengan Yuzma sampai isterinya susah nak membuat kerja.

"Dah. Abang tunggu dekat meja tu. Yuz nak cuci habis ni dulu. Kejap lagi kita baliklah. "

"Nak balik sekarang. "

"Mana boleh. Nanti papa kata apa pula. Lepas makanlah kita balik. Abang takut apa ni? Yuz ada ni. " Pujuk Yuzma perlahan.

"Sayang.... please... tak nak... " Digeleng kepala tanda tidak suka berada di rumah itu.

"Okey-okey. Lepas makan kita balik, okey? Dah. Sini. " Tangan Aidan digamit menuju ruang tamu. Tan Sri Yusoff yang sedang menonton berita di kaca tv disertai.

"Hah Aidan. Baru nampak muka? Tadi ketat sangat berkepit dengan anak papa tu. " Tan Sri Yusoff bersuara sengaja menyakat menantunya itu.

"Entah abang ni, gatal. " Tambah Yuzma turut menyakat Aidan. Aidan menjeling tajam tanda tak suka.

"Yuz macam mana sekarang? Kerja okey? " Soal Tan Sri Yusoff laju menukar topik bila menyedari menantunya tak selesa.

"Alhamdulillah okey. Cuma sibuk tu ajelah. " Jawab Yuzma.

"Aidan cari apa? Along ada dekat bumbung. " Aidan menoleh laju pada Tan Sri Yusoff.

"Bumbung? " Soalnya semula.

"Hah bumbung. Along tu kalau dekat rumah memang selalu rehat dekat situ. Tu tempat kegemaran dia. " Jelas Tan Sri Yusoff. Dia sudah masak dengan perihal anak sulungnya itu. Bumbung rumahnya itu sudah jadi tempat kedua Yazzid Qaeril merehatkan diri di rumah ini selain bilik tidur Yazzid Qaeril sendiri sejak kejadian empat tahun lalu.

Kejadian itu telah mengubah personaliti anaknya. Dia sendiri menyedari perubahan anak sulungnya. Dulu Yazzid Qaeril adalah anak yang tidak pernah diam dari mengusik mereka sekeluarga tapi sekarang, Yazzid Qaeril berubah laku. Beku dan suka menyendiri. Yazzid Qaeril tidak lagi mengusik malahan senang bersendirian. Dia tahu anaknya itu kecewa dengan tindakan isterinya yang telah membuat keputusan sendiri hingga menghancurkan hati anak mereka itu. Dia sendiri pun rasa marah juga.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now