✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•Meja yang dihuni Fawwaz dan isterinya dituju sambil menggenggam erat tangan Yuzma.
"Dan. " Fawwaz bersuara. Aidan cuma tersenyum kecil. Pandangan beberapa orang yang turut berada di meja itu dibalas dengan senyum kecil.
"Bini kau ke? " Soal salah seorang dari mereka.
"Ya. Yuzma. Sayang, ni rakan sekerja abang. " Perkenal Aidan. Yuzma menghulur senyuman kecil tanda perkenalan dan turut dibalas senyuman seisi meja.
"Yuzma? Macam pernah dengar tapi tak ingat. "
"Eh? Puan Yuzma! Allah! Macam mana boleh tak kenal ni! " Yang lain berpandangan. Masih tak faham dan tak kenal Yuzma. Wajah mereka terkulat-kulat.
"Apahal Meen? " Soal mereka.
"Ni Puan Yuzma. Adik kepada Tuan Yazzid. Puan Yuzma salah seorang pemegang saham terbesar dalam syarikat. " Jelas Ameen.
"Hah?! Maknanya Aidan- "
"Dah. Tak payah bising. Buat macam biasa sudahlah. " Tegur Aidan bila melihat kekalutan mereka.
"Maaf Puan Yuzma. Boleh pula tak ingat. " Sengih Ameen. Yuzma cuma mengangguk kecil.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•
SELESAI majlis makan malam tersebut, Aidan dan Yuzma berlalu keluar dari dewan sementara menunggu yang lain. Mereka berdua berlalu menuju ke lobi utama namun kekecohan yang berlaku didepan hotel menarik minat mereka berdua. Jelas kedengaran beberapa suara yang sedang berperang mulut."Kau punca bapa aku tak pedulikan aku! " Jerit pemilik suara itu menghamburkan rasa ketidakpuasan hatinya.
"Tu masalah kau dengan bapa kau. Kenapa nak libatkan aku pula? Antara kita dah tak ada kena mengena. Ikatan kita dah lama putus. "
Aidan melangkah menghampiri saat dia sedar siapa lelaki itu.
"Abang, apa hal ni? " Soalnya.
Adam menoleh sebelum mendengus. Nafasnya turun naik dengan kencang.
"Tanya perempuan tak guna ni. Masalah dia dengan bapa dia tapi libatkan aku yang tak ada kena mengena. "
"Kau nak apa lagi perempuan? Tak cukup musnahkan hidup abang aku? Kau ni memang tak ada rasa malukan! " Fariza tersenyum sinis. Dia berpeluk tubuh sebelum merenung silih berganti Adam dan Aidan.
"Aku tak puas hati sebab dialah punca bapa aku tak kasi duit dekat aku. Ni mesti dia racun bapa aku! "
Adam tergelak sinis.
"Eloklah tu bapa kau tak kasi duit. Dulu pun kau sanggup curi duit adik aku kan. Tu balasan dia. " Sinis nadanya buatkan Fariza rasa geram.
"Kau memang anak beranak sial! " Cemuhnya sebelum berlalu pergi dengan hati yang panas. Panas melihat bekas suaminya hidup sempurna manakala dia terpaksa merempat dan meminjam wang disana sini demi kelangsungan hidupnya.
"Mental. " Gumam Adam sebelum menoleh pada adiknya.
"Dah nak balik ke? " Soalnya.
"Ya tapi tunggu papa dengan yang lain. Nak gerak sekali. " Jawab Aidan sebelum menarik perlahan Yuzma menuju ke tembok bunga yang berada di depan hotel tersebut.
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...