✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•"Hai sayang... " Laju dia berpaling ke belakang bila terdengar suara tersebut. Pandangannya terus berubah tajam.
"Kau nak apa bodoh? " Soalnya dengan nada tidak senang. Ahmad Nazrel makin di renung tajam. Lelaki itu tersenyum kecil seraya melangkah ke arahnya.
"Kau jangan dekat b*bi! " Marahnya keras. Nazrel di pandang tajam. Tegas dia di situ.
"Okey-okey, aku cuma nak cakap sesuatu dekat kau. " Nazrel mengalah seraya mengangkat kedua tangan. Berharap Aidan percaya.
"Cakap dekat situ saja! " Ujar Aidan tidak mahu Nazrel dekat padanya.
"Aku just nak minta maaf pada kau. Ak-aku sedar selama ni aku dah buat salah banyak pada kau. " Aidan masih merenung Nazrel. Tidak percaya dengan lelaki itu. Dengan apa yang lelaki itu telah lakukan padanya, bukan mudah dia mahu percaya yang Nazrel sudah menyesal.
"Huh! Aku tak percaya! " Balasnya kasar.
"Serius. Aku menyesal atas apa yang telah aku lakukan pada kau selama ni. Se-sebab itulah aku dah lama tak cari kau. " Tambah Nazrel lagi dengan riak muka penuh penyesalan.
Aidan diam merenung Nazrel. Berfikir sama ada mahu mempercayai lelaki itu atau pun. Berfikir sama ada mahu memaafkan lelaki itu ataupun tidak. Kerana seorang Nazrel telah membuatkan hidupnya huru hara. Kerana seorang Nazrel, dia tidak pernah lena dengan tenang. Kejadian yang telah menimpanya sentiasa menjadi igauannya. Kerana lelaki itulah.
"Please... " Nazrel bersuara lagi seraya melangkah perlahan menghampiri Aidan. Riak muka sedaya upaya di buat agar Aidan percaya yang dia sudah benar-benar berubah.
Aidan kaku merenung Nazrel yang dekat dengannya. Dia masih ligat berfikir sama ada mahu memaafkan lelaki itu.
"Aku minta maaf. Maafkan aku? " Nazrel bertindak menariknya ke dalam pelukan seraya lelaki itu berbisik kecil.
"I'm sorry.... " Dia tersentak bila satu benda tajam di tusuk ke belakang leher. Laju dia menolak jauh Nazrel. Muka sudah berkerut menahan sakit.
"Ka-kau b-buat pa?! " Terketar dia menyoal sebelum jatuh melutut. Badannya mulai lemah sebelum dia jatuh tersembam tidak berdaya. Tubuh badannya terasa lumpuh. Tangan dan kakinya tidak mampu bergerak. Hanya mata saja yang mampu bergerak.
Nazrel tergelak sinis seraya duduk mencangkung di depannya. Lelaki itu menariknya baring terlentang. Pipinya lelaki itu tepuk kasar beberapa kali.
Dia mahu bersuara tetapi mulutnya bagai di kunci tidak mampu bersuara. Mahu dia menjerit namun suaranya langsung tidak timbul. Nazrel di renung tajam dalam keadaannya begitu.
"Kesian kau kan? Percaya sangat pada aku. " Rambutnya di usap perlahan lelaki itu. Aidan mendengus kasar. Dia langsung tidak mampu melakukan apa pun. Tubuhnya lumpuh.
"Aku sebenarnya dah lama tahan sabar. Aku nak sangat rasa kau tapi itulah. Banyak sangat yang lindungi kau. Nak-nak lagi kau dengan bini kau tu pindah rumah. Lagi susah aku nakkan kau. Tapikan, kau buat macam tu sekalipun, tetap aku nakkan kau. Tetap nafsu aku kuat inginkan kau.
Terima kasih pada mama juga sebab percaya sangat pada aku sampai jadi bodoh ikut semua yang aku cakap. Orang tua tu nak sangat aku jadi menantu dia. Dan kalau bukan disebabkan abang ipar kesayangan kau tu, dah lama Yuzma tu hancur di tangan aku. " Panas hati Aidan mendengar bicara Nazrel. Kalau saja dia mampu bergerak, sudah lama dia kerjakan lelaki itu. Dasar lelaki tak guna!
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...