BAB 29

2.4K 88 5
                                    





✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧











       Selesai membeli barang, mereka terus pulang memandangkan masa semakin singkat. Ibu kata kalau boleh kenduri nak diadakan selepas solat zohor jadi tak banyak masa yang tinggal.

Tiba di rumah, barang basah di bawa ke belakang untuk di bersihkan. Ada beberapa orang jiran terdekat yang sudah kelihatan sedang menunggu mereka. Masing-masing mulai mengambil tugas membuat kerja sendiri sambil sesekali mereka bersembang.

"Ibu, " Panggil Aidan tika melihat kelibat Puan Aina.

"Ya? Adan nak apa? " Soal Puan Aina.

"Ayah suruh ambilkan kipas nak letak dekat ruang tamu tapi Aidan tak tahu kipasnya dekat mana. " Sengihnya kecil. Ayah pun cuma kata ambilkan kipas saja. Tak pula ayahnya beritahu nak ambil di mana.

"Tengok dekat bilik Aiman. Bawa keluar dua-dua. "

"Okey. " Terus dia berlalu ke bilik Aiman. Dua buah kipas di keluarkan lalu di pasang di ruang tamu. Usai itu, dia berlalu turun menuju ke belakang rumah. Yuzma yang sedang membantu menyiang ikan dia hampiri.

"Hah Aidan, patahkan sepit ketam ni. " Arah makcik Timah. Baru nak kacau Yuzma dah kena suruh buat kerja. Bebelnya dalam hati namun tetap di kerjakan arahan makcik Timah itu.

Ketika sedang menggaul gulai yang sedang di masak, bahunya di tepuk dari belakang. Lantas dia berpaling sebelum tersenyum.

"Awal sampai. " Tegurnya kepada Haqimi dan Ikhwan. Dua rakannya itu cuma ketawa kecil.

"Saja datang awal nak tolong apa yang patut. " Ujar Ikhwan.

"Dah kau cakap macam tu, " Di hulurkan senduk kayu besar di tangannya.

"Gaul ni jangan sampai hangit. " Arahnya. Ayam masak kari di kuali besar di tunjuk. Haqimi dan Ikhwan cuma akur. Sesekali mereka bersembang kecil.
  
  
     
    
    
  

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧









  
     SELESAI majlis tersebut, Aidan menunggang motor menuju rumah tok ketua kerana orang tua itu tidak dapat hadir. Dalam bakul motor sudah berbungkus beberapa bekas berisi makanan. Risau dia akan suami isteri itu. Maklumlah hanya tinggal berdua. Anak-anak ketua kampung itu pula jauh duduk menetap di bandar.

"Assalamualaikum.... " Salam di beri bila melihat pintu rumah yang selalunya terbuka luas kini rapat tertutup. Beberapa kali memberi salam, tingkap di tepi terbuka dari dalam sebelum kelibat tok ketua menjenguk keluar.

"Waalaikumussalam, Aidan. Naiklah. Tolak saja pintu tu. Saja tok tutup sebab tengah rehat tadi. " Aidan akur lalu lauk untuk ketua kampung dia bawa sekali.

"Tok dah makan? Nenek? " Soal Aidan saat melabuhkan punggung di tepi pintu yang di bukanya. Tok ketua turut sama mengambil tempat di tepinya.

"Alhamdulillah dah. Maaflah tak dapat nak hadir. Nenek kamu tak sihat pula. " Ujar tok ketua sedikit kesal dan pada masa yang sama turut risaukan keadaan isterinya yang tiba-tiba jatuh sakit.

"Tak apa. Lagi pun mama suruh datang sekali bawakan lauk ni. Mama nak ikut tadi bila dengar nenek sakit tapi keluarga ayah ada lagi tu. Itu yang tak dapat nak ikut tu. "

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now