BAB 32

2.2K 73 12
                                    



✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧










Sengih Yuzma terbentuk bila melihat Aidan melambai ke arahnya. Penat yang terasa seakan hilang bila yang di rindui kini di depan mata. Berjam-jam dia memandu untuk pulang ke kampung dan alhamdulillah dia sampai dengan selamat biarpun beberapa kali dia berhenti di tepi jalan akibat rasa mengantuk yang bermaharajalela.

"Assalamualaikum abang. " Sapanya seraya mengucup belakang tangan suaminya.

"Waalaikumussalam. Sayang sihat? " Soal Aidan sejenak. Yuzma mengangguk kecil.

"Letih ya? " Soalnya tika memeluk isterinya itu. Yuzma cuma menggumam kecil di dalam pelukannya. Beberapa saat dalam keadaan itu, dia akhirnya meleraikan pelukan hangat itu. Pelukan berbaur rindu.

"Jom naik. Sayang rehat. Lagi setengah jam nak berbuka. Boleh la sayang rehat kejap. Abang nak tolong mama memasak dekat dapur. " Ujar Aidan. Beg pakaian Yuzma dia bimbit dan mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah.

"Abang, " Lengannya Yuzma sentuh seraya menahannya dari melangkah. Isterinya itu di renung lembut.

"Mama dah okey dengan abang ke? " Soal Yuzma ingin tahu. Hampir seminggu dia tak ada di kampung jadinya perkembangan suami dan ibunya itu dia tak tahu biarpun acap kali Aidan kongsikan melalui panggilan telefon. Tapi dia ingin tahu realiti yang sebenarnya bagaimana.

Aidan tersenyum kecil.

"Alhamdulillah dah okey biarpun mama susah nak ajak bersembang. Mungkin mama adalah sikit rasa lain macam tu. Doakan saja mama boleh terima abang ya? Abang tak kisah nak tunggu berapa lama sekalipun untuk mama terima abang. Yang penting mama dah tak macam dulu. " Yuzma diam sebelum mengangguk kecil.

"Jom masuk. " Ajaknya. Sofa di ruang tamu sudah memanggil-manggil dirinya.

"Yuz nak rehat dekat sini saja. Dah tak tahan dah. " Aidan akur. Lantas di letakkan beg di tepi sofa. Di kerling sekilas Yuzma yang sudah memejam mata sebelum dia menuju dapur.

Lan Amirul Haziq dan isterinya hari ni cuti dari nak memasak juadah berbuka nanti jadi dia mengambil kesempatan itu untuk menjadi pembantu Puan Sri Lailatul bila ibu mertuanya itu mahu menyediakan lauk untuk berbuka nanti. Biarpun tangan sebelah masih beranduh, dia tetap semangat nak membantu. Nasib jugalah kakinya yang terseliuh sudah sembuh walaupun bukan sepenuhnya namun dapatlah juga dia berjalan biarpun sedikit terhincut.

"Mama masakkan lauk kegemaran Yuzma boleh tak mama? " Puan Sri Lailatul diam sejenak di sinki.

"Yuzma dah balik ke? " Suara itu menyoal tanpa nada. Daging ayam yang sedang di bersihkan dia pandang.

"Ya. Yuz tengah rehat dekat ruang tamu. Mama, bolehlah ya? " Pinta Aidan lagi.

"Mana bahannya? Letak atas meja tu. " Arah wanita berumur itu. Aidan dalam diam sudah bersorak riang. Gembira bila wanita itu ingin menunaikan permintaannya. Lantas dia bergerak menuju ke peti ais. Bahan-bahan untuk hidangan nasi lemak dia keluarkan.

"Dah mama. " Ujarnya bila sudah selesai menyediakan semua.

"Hm.. " Balas Puan Sri Lailatul.

"Aidan kupas bawang ya mama. " Bawang yang dia letakkan ke dalam bekas di capai sebelum membuang kulit bawang-bawang itu.

Puan Sri Lailatul yang sedang berada di sinki sedikit terganggu pendengarannya bila mendengar bunyi seseorang sedang menyedut hingus. Lantas dia berpaling. Aidan yang sedang duduk membelakanginya dia renung sejenak sebelum dia menggeleng kecil.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now