✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•Langkahnya terhenti dianak tangga pertama. Direnung susuk tubuh yang bersusah payah memasak lauk. Ke hulu ke hilir tubuh itu dengan topang ketiaknya. Digeleng kepala kasar. Buat apa dia nak ambil peduli. Bukan urusannya pun. Lantas dia berlalu naik ke bilik. Tekak yang nakkan coklat panas dia tidak hiraukan. Selagi lelaki itu tak hilang dari pandangannya, selagi itulah dia berkurun di dalam bilik.
Usai Aidan memasak, segala peralatan yang diguna dia cuci bersih, meja dan dapur dia bersihkan dari sisa-sisa kotor. Dikerling jam yang melilit pergelangan tangannya. Sudah masuk waktu isyak. Lantas dia berlalu ke biliknya yang berdekatan dengan dapur itu. Usai mengambil air sembahyang, solat isyak terus ditunaikan.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•LANGKAH Yuzma terhenti digerbang pintu yang menghubungkan ruang dapur makan dan ruang tamu. Niatnya mahu membancuh coklat panas terhenti bila susuk tubuh yang dia benci berada di dapur. Baru saja mahu melangkah pergi, namanya sudah diseru buatkan dia mendengus geram. Dia fikir lelaki itu sudah masuk ke bilik. Rupanya masih berada di dapur.
"Doktor nak makan ke? " Soal Aidan.
"Tak! " Balas Yuzma kasar.
"Coklat panas ada dekat meja tu. Kalau doktor nak, ambillah. " Ujar Aidan sambil dia ligat mencuci pinggan kotor yang baru sebentar tadi dia gunakan tanpa menoleh ke belakang. Dengar bunyi tapak kaki melangkah tu pun dah boleh agak siapa. Mana taknya, Yuzma melangkah seolah badan tu berat sangat. Sampai berbunyi. Tu kalau tinggal dekat rumah papan, sudah tentu roboh rumah tu.
Yuzma mendengus kasar sebelum berlalu pergi. Kaki dihentak kasar hingga ke bilik. Tak tenang hidupnya bila lelaki itu ada dirumahnya. Takkan nak tinggal di hospital. Mesti pelik kakitangan hospital nanti. Tak kerja lebih masa tapi duduk hospital. Akibatnya, dia terpaksa mengurungkan diri didalam bilik.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•"AIDAN! " Jerit rakan sekerjanya. Aidan yang sedang merehatkan diri di tangga kecemasan menoleh ke pintu yang dibuka. Terjengul kepala rakan sekerjanya, Fawwaz. Lelaki itu tersengih menghampiri Aidan yang sedang menyandar di dinding.
"Kau pergi mana hampir dua minggu ni? " Soal Fawwaz. Peliknya bila Aidan tak masuk kerja dekat dua minggu. Bila ditanya supervisor, kata lelaki itu Aidan cuti. Dia tahulah cuti tapi lelaki itu tak jelaskan langsung. Hmm....
"Kau kahwin senyap-senyap eh? " Tebak Fawwaz.
"Mana adalah. " Nafi Aidan. Nasib sempat dikawal riak mukanya yang nampak terkejut.
"Dah tu? "
"Alah cuti biasa saja. Penatlah tu sebab aku cuti. "
"Tipulah. Cuti apa panjang macam tu? Selalunya, orang kalau cuti macam tu mesti sebab nak kahwin. " Ujar Fawwaz.
"Merepeklah kau ni. Ada sajakan orang lain cuti lama macam tu. Dahlah. Aku nak rehat kau pula ganggu. " Ujar Aidan buatkan Fawwaz tersengih serba salah.
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...