✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•USAI waktu kerja habis, Yuzma bergegas menuju wad Aidan dan Nazrel sambil diekori pengarah hospital yang mahu melawat setelah berita tentang Aidan dan Nazrel tersebar. Tadi sebelum masuk kerja, dia sempat ke balai polis untuk memberikan keterangan. Apa yang pegawai polis beritahu tadi, lelaki-lelaki yang terbabit kini sedang diburu pihak polis.
"Abang... " Aidan menoleh lalu tersenyum.
"Dah habis waktu kerja ke? " Soalnya.
"Dah. Tuan pengarah bagi cuti. " Sengih Yuzma. Dah macam jadi anak kesayangan pula. Asyik diberi cuti bila berkaitan Aidan. Mujur staf lain tak bising.
"Aidan, macam mana? Okey ke? " Soal Tuan Pengarah setelah dia bersalaman dengan yang lain.
"Alhamdulillah okey." Balas Aidan pendek. Mujur tiada kesan sampingan akibat dibelasah tempoh hari. Doktor sahkan dia cuma cedera ringan sahaja dan lebam-lebam di kawasan yang dipukul.
"Sepupu kamu doktor Yuzma? Doktor cakap apa? " Nazrel yang sedang terlelap setelah diberi suntikan sebentar tadi dikerling.
"Doktor kata tak ada apa-apa. Tikaman dibahagian perut tidak mengenai mana-mana organ. " Tuan pengarah mengangguk faham.
"Polis dah ambil keterangan ke? "
"Dah. Sebelum tengah hari tadi. "
"Apa jadi sebenarnya? " Soal Tuan pengarah ingin tahu. Cerita tak penuh. Siapa juga yang faham.
"Sebab tak puas hati. Itu yang jadi kes polis tu. Tak puas hati terus main tikam orang. Benda boleh bincang tapi sengaja ikutkan sangat rasa marah tu. " Jelas Aidan. Dia ingat lagi, masa kejadian tu dia tengah pujuk Nazrel nak balik. Niatnya dia nak bawa Nazrel balik kemudiannya baru berbincang soal rumah sewa.
Tapi lain pula jadinya bila kelibat beberapa orang lelaki itu muncul sebelum mereka menariknya dan membelasahnya. Manakala dua orang lagi menarik Nazrel sebelum lelaki itu ditikam. Dia pula setelah dibelasah memang tak larat dah. Cuma berserah bila tubuhnya diikat sebelum dilempar ke dalam tangki.
Tuan Pengarah yang mendengar cerita Aidan berkali-kali menggeleng kepala. Entah apalah yang nak jadi. Banyak sangat kes berlaku disebabkan perasaan marah dan ego sampai lupa kesan kemudian harinya.
"Baiklah. Kalau macam tu saya minta diri dulu. Semoga cepat sembuh. " Menyedari masa sudah suntuk, lantas Tuan Pengarah itu meminta diri.
" Terima kasih tuan. " Tuan Pengarah mengangguk kecil sebelum berlalu pergi.
"Kenapa ni? " Soal Yuzma. Aidan yang ralit membelek jari runcing Yuzma mendongak.
"Nak balik. " Bisiknya. Yuzma tersengih.
"Balik? " Bisiknya sama. Aidan mengangguk kecil.
"Kenapa? " Bisik Yuzma lagi.
"Bosan. "
"Hah! Bisik apa tu? " Puan Sri Lailatul bersuara di sofa. Sedari tadi dia perhati anak menantunya itu. Ada saja akal lagi bini itu yang mencuit hati mereka. Yuzma pula layankan saja suaminya walaupun sudah ditegur banyak kali.
"Aidan nak balik awal katanya bosan. "
"Sayang... " Rungut Aidan. Yuzma tersengih.
"Tanya doktor. " Ujar Puan Sri Lailatul pada menantunya itu.
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...