✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•Yuzma menggeleng kecil bila batuk yang dia dengar semakin berlarutan. Pakaian yang nak dilipat diletak semula sebelum berlalu keluar. Aidan yang sedang menonton tv di ruang tamu dihampiri.
"Abang.. " Panggilnya. Laju Aidan menoleh.
"Kenapa sayang? " Soal lelaki itu.
"Ubat along abang letak dekat mana? Batuk along makin melarat pula. " Soalnya.
"Abang letak dekat dapur. Dekat rak sebelah peti sejuk. " Ujarnya.
Yuzma mengangguk sebelum berlalu. Segelas air suam dan ubat tadi diambil sebelum berlalu ke tingkat atas. Yazzid Qaeril yang sedari tadi khusyuk membuat kerja di ruang rehat tingkat atas itu dihampiri.
"Along. Nah minum ubat ni. " Arahnya. Gelas berisi air suam diletak didepan lelaki itu.
"Nak buat apa? " Soal lelaki itu lebih kepada menolak untuk mengambil ubat itu. Nafas dihembus kasar. Fail diatas meja dicapai namun sekelip mata fail itu berpindah tangan. Tajam matanya merenung adiknya.
"Sini. " Pintanya. Yuzma menggeleng.
"Aku tak ada masa nak bergurau Yuzma. "
"Along ingat Yuz bergurau? Minum ubat tu atau Yuz koyakkan fail ni. Yuz tak bergurau. Kalau Yuz kata Yuz buat, Yuz buat. " Ugut Yuzma. Mukanya serius saja membalas renungan lelaki itu.
Masa macam ni Yazzid Qaeril masih sibuk nak memikirkan soal kerja. Doktor suruh rehat dari memikirkan soal kerja tapi lelaki itu tak endahkan pun nasihat doktor Khadeera. Dibuatnya juga apa yang doktor tu tak suruh buat.
"Yuzma..." Lelaki itu menderam. Gigi diketap kuat. Bergerak-gerak rahangnya menahan geram namun Yuzma nyata tidak ambil peduli. Helaian kertas didalam fail itu dipegang di hujung.
"Nak atau tak? " Soal Yuzma lagi. Tangan sudah gatal mahu menjadikan kertas itu menjadi cebisan.
Yazzid Qaeril mengeluh lemah. Botol ubat dicapai sebelum dibuka penutupnya. Setiap pergerakannya diperhati adiknya.
"Habiskan air tu nanti. Along tu batuk pun bukannya pandai minum air. Nak juga dilayan batuk tu. " Yuzma membebel hingga hilang. Yazzid Qaeril menghembus nafas lemah. Fail yang Yuzma letak diribanya dicapai sebelum kembali tenggelam ke dunia kerjanya.
Lepas isyak, kelibat Tan Sri Yusoff muncul bersama Puan Sri Lailatul. Tan Sri Yusoff datang kerana mahu melihat anak sulungnya dan mahu berbincang dengan Yazzid Qaeril tentang sesuatu perkata.
Aidan ralit membantu Yuzma di dapur manakala Tan Sri Yusoff dan Yazzid Qaeril sedang berbincang di ruang rehat tingkat atas. Puan Sri Lailatul pula di ruang tamu sedang menonton tv.
"Abang.. tolong Yuz letak pinggan ni dekat meja makan. " Pinta Yuzma. Aidan mengangguk kecil sebelum beberapa biji pinggan di bawa ke meja makan dan di susun. Gelas juga begitu.
Lauk yang siap di masak Yuzma turut di bawa sekali ke meja makan. Sebiji mangkuk kaca bersaiz besar di ambil kerana mahu mengalihkan nasi yang sudah masak ke dalam mangkuk tersebut. Yuzma bersuara mahu menggunakan bilik air buat seketika. Aidan biarkan saja.
Baru saja mahu membuka penutup periuk nasi, kelibat Puan Sri Lailatul muncul dengan muka bengisnya. Renungan tajam diberikan pada Aidan.
Aidan menunduk cuba untuk tidak mengambil peduli dengan wanita berumur itu namun mangkuk yang dibawanya ditolak kasar Puan Sri Lailatul dan akibatnya mangkuk itu jatuh ke atas kakinya dan pecah.
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...