BAB 22

2.7K 105 6
                                    






✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧









Bau masakan yang menusuk hidungnya buatkan dia laju turun menuju ruang dapur. Susuk tubuh yang hanya memakai baju t-shirt dan berkain batik menarik minatnya. Lantas kaki mengorak langkah dan tubuh ramping itu di peluk erat dari belakang.

"Abang! " Tegur Yuzma kerana terkejut bila di peluk dari belakang. Lelaki itu cuma tergelak kecil. Senang hati Yuzma mendengar suara itu. Beberapa hari ini, lelaki itu asyik merungut bila bangun dari tidur. Kepalanya selalu pening. Tak boleh bangun mendadak, pitam. Bila di bawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut, rakan sejawatnya cuma kata itu kesan dari ingatan Aidan yang semakin pulih. Lelaki itu juga mengadu yang hampir setiap malam dia bermimpi. Dan katanya mimpi itu seolah-olah sudah pernah berlaku tapi rakan sejawatnya kata itu ingatan masa lampau Aidan yang mana dia tak ingat. Dan ingatan itu hadir dalam mimpi Aidan.

Sedikit sebanyak Yuzma lega. Lega kerana lelaki itu sudah boleh mengingat masa lalunya. Bolehlah juga dia kenali lebih dalam suaminya itu jika lelaki itu sudah pulih sedia kala.

"Dah tak sakit kepala ke? " Soalnya. Mangkuk bekas berisi sayur tadi di letak ke dalam sinki dengan Aidan masih memeluknya erat. Muncul dah perangai manja lelaki itu. Maklumlah hari ni kedua-dua mereka cuti jadi bangun lambatlah. Ni pun buat sarapan sekali dengan makan tengah hari.

"Hm.. sikit. " Jawab lelaki itu lebih kepada menggumam di bahunya. Yuzma tergelak menahan geli.

"Dah mandi belum ni? " Soalnya lagi walhal dia dah tahu yang lelaki itu sudah mandi. Segar saja lelaki itu dengan minyak wanginya semerbak harum tersebar di ruangan dapur itu. Sayur yang masih di atas dapur dia gaul rata.

"Dah. Sejuk. "

"Sejuk? " Soal Yuzma.

"Ha.. sejuk. "

"Abang mandi pakai air sejuk ke? " Lelaki itu menggumam. Laju Yuzma berpaling.

Tangan naik memicit kedua pipi suaminya geram. Mengadu sakit lelaki itu di buatnya.

"Kan Yuz dah pesan pada abang, jangan mandi guna air sejuk. Degil sangat ni kenapa? " Tegurnya.

"Alah.... sekali saja pun. Itu pun tadi. Abang bangun tadikan panas. Badan abang ni peluh habis. Sebab tu abang mandi guna air sejuk. " Jawab lelaki itu panjang lebar. Muka sudah monyok. Bibir pula sudah muncung.

"Okey. Lepas ni jangan buat lagi. " Pipi Aidan di tepuk lembut tanda memujuk.

"Okey. " Angguk Aidan.

"Dah. Lepas. Yuz nak masak. Abang kata kejap lagi nak pergi rumah abang Adam. "

"Allah. Hampir abang lupa. Abang Adam nak pindah rumah. Duduk sekali dengan abang Harith. "

"Pindah? Kenapa? " Soal Yuzma.

"Abang Harith kata dia bosan duduk sendiri. Tu pasal dia ajak abang Adam duduk sekali. Lagi pun senang katanya kalau duduk serumah. Abang Adam ikut saja sebab dia pun selama ni duduk seorang diri. Adik diakan kerja dekat Johor. " Jawab Aidan. Apa yang Zafrel beritahu padanya, itulah yang dia katakan pada Yuzma walhal perkara sebenar mereka tidak ketahui. Yang tahu hanyalah empat sekawan itu. Bagi Adam, hal peribadinya biarlah dia yang tahu dan tiga sahabatnya.

"Dah, jom makan. "

"Nanti sayang jangan lupa bungkuskan lauk untuk mereka. " Yuzma mengangguk. Tersenyum dia. Sayang sangat Aidan pada empat lelaki itu.







Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now