BAB 16

2.7K 93 8
                                    






✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧









         Puan Sri Lailatul hanya menjeling sekilas suaminya sebelum menuju ke bilik mandi. Malas dia mahu menegur suaminya itu. Sakit di hati masih tak hilang lagi bila diingat semula tentang kejadian semalam di mana dia di marahi suaminya.

Tan Sri Yusoff sekadar beriak biasa bila melihat kelakuan isterinya itu. Tiada masa dia mahu memujuk rajuk isterinya itu. Banyak lagi benda berfaedah yang dia nak buat selain memujuk isterinya.

Surat khabar yang terletak di meja kopi di capai sebelum di baca. Lebih baik dia sibukkan diri dengan benda yang berfaedah daripada melayan isterinya yang baginya tak matang langsung. Perangai isterinya kian ketara berubah sejak anaknya Yuzma menolak cadangan isterinya untuk menerima pinangan dari Ahmad Nazrel walhal benda itu dilakukan isterinya sendiri. Isterinya sendiri yang minta Ahmad Nazrel untuk kahwini Yuzma.
  
  
   

  

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧











  
     PINTU rumah dibuka kasar bila melihat menantu tak diiktirafnya sudah pulang dari kerja. Batang penyapu di tangannya terus di angkat dan di arahkan pada menantunya yang tak sedar akan kehadirannya.

"Argg!! " Terjerit Aidan bila belakangnya terasa mahu pecah. Laju dia menoleh ke belakang. Belum sempat mahu bertindak, dia sudah di pukul namun topi keledar di kepala yang menyelamatkan mukanya dari cedera tapi tidak bagi tubuhnya.

Laju dia mengelak mengundurkan diri. Puan Sri Lailatul seperti di rasuk syaitan bila dia memukul menantunya berkali-kali. Tubuh itu dilakukan seperti patung.

"Allah akhbar! Mama!! " Jeritan lantang itu menyentak perbuatan Puan Sri Lailatul.

"Mama dah gila ke?! " Yazzid Qaeril nyata tidak boleh menerima kenyataan bila melihat perbuatan ibu kandungnya itu. Pintu kereta adiknya ditutup kasar. Nasib dia terniat nak balik awal. Kalau tak entah apa jadi pada adik iparnya.

"Kamu jangan nak masuk campur! " Tegas Puan Sri Lailatul bersuara sambil menghalakan batang penyapu ke arah anaknya.

"Apa masalah mama ni? Jangan hilang akal ma. " Ujar Yazzid Qaeril sebelum menghampiri Aidan yang terbaring mengkerekot menahan sakit.

"Jangan sentuh dia! " Jelingan tajam diberikan pada Puan Sri Lailatul. Dia tidak gentar dengan arahan wanita itu. Aidan di tarik bangun.

"Mama kata jangan sentuh!! " Batang penyapu kembali di angkat. Kali ini ke arah anaknya pula. Tanpa rasa kesian, kedua-dua lelaki itu dipukul bertubi-tubi. Setelah puas, batang penyapu itu di lempar ke dalam kolam sebelum dia berlalu pergi. Sedikitpun dia tidak menoleh pada Yazzid Qaeril dan Aidan.

"Aidan! Dan! " Panggil Yazzid Qaeril yang turut menahan sakit. Topi keledar di cabut dari kepala Aidan.

"Aidan! Bangun wei! " Pipi Aidan di tepuk beberapa kali namun mata itu tetap terpejam. Dengan segala kudrat yang ada, Aidan di bawa masuk ke dalam kereta. Baru saja mahu masuk ke tempat duduk pemandu, tidak semena-mena darah tersembur keluar dari mulutnya. Tanpa mahu mengambil peduli akan sakit yang mula menjalar, bergegas dia memandu menuju ke hospital.

Tiba di hospital, pintu kecemasan di hampiri dengan keadaan yang sudah tidak bermaya. Pandangannya juga kian kabur.

"Tolong.... " Beberapa petugas berlari menghampirinya.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now