✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•Menghampiri ke hujung bulan, Aidan membawa Yuzma keluar seharian membeli barang keperluan. Lagipun selama ni dia tak pernah nak belanja Yuzma. Cuma masukkan duit ke dalam akaun Yuzma saja.
"Kita buat apa dekat sini abang? " Soal Yuzma. Pelik dia. Aidan kata teman dia pergi taman ni pula melencong ke tempat lain. Pergi tempat membeli belah ni buat apa.
"Jomlah turun. " Cermin mata hitamnya dibetulkan. Yuzma di renung sebalik cermin mata itu.
"Tak jawab soalan Yuz pun. " Rajuk Yuzma. Aidan ketawa kecil.
Pintu tempat duduk penumpang disebelah pemandu di buka. Yuzma dipandang.
"Keluarlah. " Pujuknya.
"Tak nak! " Balas Yuzma.
"Jomlah. Teman abang. " Tangan Yuzma ditarik perlahan.
"Nak ke tak nak? Kalau tak nak, abang cium sayang dekat sini. " Ugut Aidan.
"Fine!! " Yuzma keluar kasar dari kereta. Aidan menahan senyum. Nak saja dia gigit bibir yang tengah muncung tu.
"Jangan merajuk. Abang gendong sayang nanti. "
"Tahu mengugut je. " Gumam wanita itu buatkan dia ketawa semula. Genggaman makin dieratkan. Lif dituju usai mereka sudah masuk ke dalam.
"Nak buat apa dekat sini? " Soal Yuzma bila mereka melangkah masuk ke dalam sebuah butik pakaian.
"Nak beli bajulah. Nak buat apa lagi? Takkan nak buat baju pula? "
"Abangggg.... gerrr... "
"Amboi! Nak jadi rimau pula. Tapi kalau sayang jadi rimau, abang sanggup jadi mangsa. " Usik Aidan sebelum gelaknya meletus.
"Okey-okey. Sayang pilihlah baju. " Arahnya tidak mahu isteri kesayangannya itu makin muncung.
"Nak buat apa? "
"Pilih aje. Minggu depan kawan sekerja abang nak kahwin. Dia minta abang dengan sayang jadi pengapit. "
"Abang tak cakap pun. Nanti Yuz sibuk macam mana? "
"Tak punya. "
"Macamlah abang tahu jadual Yuz. " Perli Yuzma. Lelaki itu hanya membalas dengan senyum kecilnya.
"Dah. Pilih aje. Tema dia orang warna merah jambu lembut. Pengapit pula kena pakai warna biru lembut. " Yuzma di tarik menuju bahagian baju kurung.
"Pilihlah. " Arahnya. Yuzma akur. Baju kurung yang simple dicapai. Muat, tak ketat.
"Ni ajelah. " Ujarnya. Baju kurung pilihan di angkat sedikit. Corak hanya dihujung baju, lengan baju dan kain baju. Tak semak sangat. Simple saja.
"Betul ni? " Soal Aidan. Dia mengangguk yakin.
"Okey. Pergi cuba. "
"Kena ke? " Soalnya.
"Kenalah. " Muncung kembali dibentuk. Tergelak Aidan. Selang beberapa minit, Yuzma keluar.
"Lawanya. " Gumamnya. Pekerja yang sedari tadi memerhati ketawa kecil.
"Siapa yang lawa? Bajunya ke atau orangnya? " Soal pekerja wanita itu.
"Mestilah orangnya yang lawa. " Jawab Aidan membuatkan Yuzma membahang malu.
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...