✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•Langkahnya dibuka besar setelah sedar dia sudah terlewat mahu membeli barang. Malam tadi Yuzma minta masakkan nasi ayam. Teringin kata isterinya itu. Jadi pagi ini dia nak membeli ayam memandangkan stok ayam di rumah dah habis.
Bakul yang dibimbit dia pandang. Setelah bahan semua sudah ada dia kemudiannya bergegas ke kaunter. Telefon yang bergetar menandakan ada panggilan masuk di capai.
"Waalaikumsalam. Ya? " Soalnya sambil menanti cashier selesai mengira harga barang yang dibelinya.
"Nanti abang beli. Ya. Tunggu saja. " Duit dihulur sebelum plastik dicapai dan berlalu keluar dari pasaraya itu. Kereta dituju.
"Ya. Abang ingat. " Tersenyum dia mendengar pesanan panjang Yuzma.
Setelah panggilan tamat, kereta di pandu. Dia mahu mencari gerai yang menjual pisang goreng yang dimahukan Yuzma.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•
"ASSALAMUALAIKUM. Sayang, abang dah balik ni. " Yuzma muncul dengan sengihnya."Waalaikumsalam. Abang ada beli ke? " Soalnya tidak sabar.
"Ada. " Plastik berisi pisang goreng yang masih panas dia hulur pada Yuzma. Wanita itu tersengih. Plastik dicapai sebelum menuju dapur. Aidan cuma tersenyum kecil sambil mengekori Yuzma.
"Abang, " Seru Yuzma. Aidan yang tika itu sedang membersihkan ayam menoleh buat seketika.
"Kenapa? " Soalnya.
"Yuz ingat nak buat kenduri kesyukuran lah abang. "
"Boleh. Kalau benda baik abang sokong saja. " Putus Aidan. Benda baik buat apa kita nak larang.
"Tapi Yuz ingat nak jemput family saja. Ada kawan sekerja Yuz pesan, kandungan ni elok disembunyikan dari orang untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. " Ujar Yuzma. Dia masih ingat pesanan rakan sekerjanya itu.
"Boleh. Abang ikut saja tapi bila nak buat? " Hari ini dan esok Yuzma diberi cuti. Jadi ada masa untuk mereka menyediakan apa yang patut.
"Esok. Boleh sediakan apa yang perlu. "
"Okey. Abang pun nak ambil ibu ngan ayah dekat kampung. Abang Adam dengan Aiman kerja. Malas nak ganggu. Abang tak nak ayah memandu. Jauh tu dari sana nak ke sini. "
"Nak ikut boleh? " Pinta Yuzma. Aidan tersengih. Dikerling Yuzma yang sedang tersenyum comel memandangnya.
"Boleh. Lepas makan tengahari kita gerak. " Putus Aidan sebelum meneruskan kerjanya memotong ayam.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•
PETANG itu, Puan Aina dan Encik Ismail sekadar duduk merehatkan diri dihalaman rumah sambil menyantap kuih cekodok pisang yang di buat Puan Aina.
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...