✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•Aidan dan Nazrel berpandangan. Terkedu mendengar suara mendatar itu menyoal.
"Betul ke apa yang ayah dengar ni, Ahmad Nazrel? " Soal Encik Muhammad sekali lagi.
"Jawablah! " Jerkah Encik Muhammad bila Nazrel cuma mendiamkan diri sambil menunduk.
Nazrel tersentak.
"Abang, ni hospital. Ingat sikit. " Puan Aminah bersuara. Tak suka melihat suaminya membentak tak kira tempat.
Encik Muhammad mendengus sebelum berlalu keluar. Pintu di hempas kuat.
"Ibu.. " Kening Nazrel berkerut memandang ibunya.
Puan Aminah tersenyum. Lantas di hampiri anaknya.
"Tak apa. Nanti ayah sejuklah tu. Naz tak payah risau. Lagipun Naz buat macam tu ada sebabkan. Dah. Tak payah fikirkan sangat marah ayah tu. " Pujuk Puan Aminah. Turut terkejut setelah terdengar anaknya bercerita tadi tapi nak marah pun tak ada guna. Dia faham. Nazrel buat begitu kerana nak selamatkan mereka.
Nazrel diam di dalam pelukan ibunya.
Tidak lama kemudian, Encik Muhammad melangkah masuk ke dalam wad semula. Mereka terkejut, keadaan kaku memandang lelaki itu dengan langkah yang besar menghampiri Nazrel di atas katil. Baju anaknya ditarik kasar. Tangan kanan sudah di angkat tinggi.
"Abang! " Puan Aminah terjerit. Tahu apa yang bakal suaminya lakukan. Takkan anak dah sakit macam tu pun suaminya masih tak puas hati. Namun keadaan genting tadi bertukar sebak bila Encik Muhammad memeluk erat anak tunggalnya itu.
"Ayah minta maaf. " Ucap orang tua itu sambil memeluk erat Ahmad Nazrel.
Ahmad Nazrel mengangguk dalam pelukan ayahnya. Tangan kanan yang melilit pinggang ayahnya naik membentuk simbol terbaik dan dipamerkan pada mereka yang menjadi pemerhati. Mereka tergelak. Sedih macam tu pun sempat lagi lelaki itu membuat lawak.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•AIDAN tersenyum senang saat Yuzma muncul membawa dulang berisi makan tengah harinya. Setelah tiga hari di tahan di wad, akhirnya mereka bertiga dibenarkan keluar. Sebenarnya hanya dia dan Yazzid Qaeril yang di benarkan keluar tapi Nazrel pun ingin keluar juga sampai sanggup merayu-rayu pada doktor yang merawatnya. Nak tak nak, terpaksalah doktor itu benarkan. Bingit barangkali bila tak sudah lelaki itu merengek sampai merajuk tak nak makan ubat segala.
"Jom makan. " Lauk dihidangkan ke atas meja.
"Yang lain tengah makan ke? " Soal Aidan. Lain pula rasanya bila dia dan Yuzma tengah makan sedangkan yang lain belum.
"Ya. Ada dekat belakang rumah tengah santai. " Membulat matanya. Tak ajak pun.
"Kenapa tak cakap? Abang pun nak join juga. " Rungutnya.
Yuzma tergelak. Siapa suruh ralit sangat tengok tv.
"Okeylah jom. Biar Yuz bawa dulang ni. " Aidan menggeleng. Dulang di tangan Yuzma dia capai.
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...