BAB 18

2.8K 93 0
                                    





✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧










          SELEPAS menunaikan solat subuh secara berjemaah, Yuzma terus bergegas membuat sarapan untuk mereka berenam. Lebih kurang jam sepuluh nanti mereka bergerak keluar dari situ seperti yang telah mereka atur. Tin sardin dibuka sebelum dialihkan ikan sardin dan kuah ke bekas yang berbeza. Roti kosong di keluarkan dari plastiknya.

"Nak abang tolong? " Aidan datang menempel tidak lama kemudian tika dia ralit menyediakan sarapan.

"Tak apa. Dah siap dah pun. " Roti berinti sardin sudah siap dan di hidang di atas meja. Kuah sardin tadi yang di panaskan turut di hidang sama. Buat cecah rotinya.

"Dah kemas dah? " Aidan mengangguk kecil.

"Cepatnya. "

"Mestilah. Bukan susah pun. " Cawan berisi air kopi panas di sambut sebelum di hirup sesudah membaca basmallah.

"Jomlah sarapan. " Pelawa Yuzma. Yazzid Qaeril dan sahabat-sahabatnya mengangguk.

"Sayang nak ikut tak mandi sungai? " Usai sarapan Yazzid Qaeril dan sahabat-sahabatnya sudah berlalu dahulu menuju sungai.

"Tak nak mandi. Yuz nak duduk tepi aje. " Balas Yuzma.

"Mandilah sekali. Baru best. " Dia tetap menggeleng. Dibiarkan Aidan yang turun menyertai Harith dan Zafrel yang sedang berendam. Paras air sungai taklah dalam mana pun. Sampai di paras pinggang saja cuma yang bestnya air sungai itu jernih sehinggakan kelihatan batu-batuan di dalam sungai itu. Ikan pun jelas kelihatan berenang di tepi-tepi.

"Sejuknya. " Menggigil tubuh Aidan dibuatnya namun tak menghentikannya dari terus berendam.

Yazzid Qaeril dan Adam sibuk bersembang di tepi sungai. Harith dan Zafrel pula sibuk berlumba dari tepi sungai ke tepi sungai. Sungai tu tak besar sangat. Ada dalam dua puluh kaki lebarnya dari tepi ke tepi.

"Abang.. naiklah. Pucat dah bibir abang tu. " Tegur Yuzma bila melihat Aidan menggigil dengan bibirnya bertukar pucat namun lelaki itu masih berendam.

"Kejaplah. "

"Naik abang. Nanti abang demam. Abang tu dahlah ada asma. Naik cepat. " Aidan akur bila melihat Harith dan Zafrel berlumba-lumba naik. Mungkin tidak tahan sejuk. Sebelum naik dia menyelam dahulu. Sayang tak dapat nak mandi lama.

"Dah jom tukar baju. " Tuala dililit ke tubuh Aidan. Menggigil teruk lelaki itu. Tandas yang disediakan pihak berwajib di tuju.

Usai menukar baju, mereka berdua terus berlalu ke tapak khemah. Kopi yang masih panas di hulur pada Aidan.

"Kenapa? " Soalnya bila lelaki itu berkerut seolah-olah menahan sakit.

"Tak ada apa. " Geleng Aidan. Dadanya di usap beberapa kali.

"Bagi aje ubatnya dik. " Tegur Yazzid Qaeril. Tidak senang hatinya melihat kelakuan adik iparnya itu yang sedang mengusap dadanya. Dia dah sedia maklum tentang penyakit asma Aidan dan perkara itu buatkan dia seringkali tidak terlepas pandang.

"Sejuk lagi? " Aidan menggeleng. Namun gelengan tersebut Yuzma tak percaya. Lantas inhaler di dalam begnya diambil.

"Sedut ni. " Arahnya. Aidan akur. Ubat sapu turut dicapai selepas inhaler dimasukkan ke dalam beg semula. Ubat sapu tersebut disapu ke dada Aidan.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now