BAB 37

2.1K 70 4
                                    





✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧












          Malam raya kedua mereka sudah berkemas-kemas mahu bergerak balik ke Kuala Lumpur. Setelah bersalaman dengan keluarga mereka, perjalanan dimulakan dengan lafaz bismillah. Tan Sri Yusoff dan Puan Sri Lailatul tidak ikut serta balik ke Kuala Lumpur kerana masih mahu meluangkan sedikit masa di kampung. Kata lelaki berusia itu, dia masih belum puas merasa nikmatnya duduk di kampung. Jadi mereka ikutkan saja.

Konvoi balik ke Kuala Lumpur disertai Yazzid Qaeril dan sahabatnya. Tan Sri Yusoff akan balik ke Kuala Lumpur disertai adik ipar dan besannya yang akan dijemput pemandunya lagi beberapa hari. Mereka akan membuat persiapan untuk raya bersama adik-beradiknya pula. Begitulah rutin setiap kali raya menjelma. Mereka akan bergilir-gilir membuat majlis rumah terbuka tapi selalunya Tan Sri Yusoff yang rajin membuat majlis rumah terbuka.

"Laparlah abang. " Setelah perjalanan sudah memakan masa lebih kurang setengah jam, Yuzma berbunyi bila perutnya tidak tahan menahan lapar. Sedangkan tadi dia sudah bantai makan lauk rendang dan kari sebelum bergerak. Sekarang rasa lapar pula.

"Bekal ibu kasi tadi adakan? Makanlah tu. " Tanpa banyak bunyi, beg kertas ditempat duduk belakang dicapainya. Bekas mangkuk serba guna dibuka penutupnya. Bau kari terus tersebar disekitar dalam kereta.

Tanpa banyak bunyi, lauk kari ayam dan beberapa lagi lauk yang turut dikirim sama Puan Sri Lailatul turut dijamah. Sesekali dia suap Aidan.

"Lapar sangat ke? " Soal Aidan bila bekas berisi nasi tadi habis kosong licin Yuzma kerjakan.

"Lapar. " Bekas berisi nasi yang dikirim Puan Sri Lailatul dicapai.

"Abang nak? " Soal Yuzma setelah meratakan kuah kari ke seluruh nasi.

"Tak apa. Makanlah. " Tolak Aidan. Dibiarkan Yuzma menghabiskan lauk-lauk itu. Tersenyum dia melihat Yuzma diam menghabiskan semuanya.

"Dah? " Soalnya bila Yuzma mengemas setiap bekas yang digunakannya.

"Dah. Kenyang alhamdulillah. " Balas Yuzma lalu tersenyum senang.

Aidan ketawa kecil. Perempuan, dapat makanan auto senyum memanjang. Dia bersyukur juga yang Yuzma tak banyak kerenah bab makanan ni. Jadi senang baginya nak bawa Yuzma makan di tempat mana pun.

Tapi yang peliknya bila Yuzma siap bantai dua bekas nasi putih lagi. Habis disapunya lauk yang dikirim Puan Sri Lailatul dan Puan Aina.

Tika mereka ralit bersembang, telefon pintar milik Yuzma berbunyi menandakan dia menerima panggilan daripada seseorang. Lantas dijawab panggilan itu.

"Waalaikumussalam. " Jawabnya. Diam seketika memberi peluang orang didalam talian berbicara.

"Okeylah. Nak buat macam manakan. Dah tugas. " Ujarnya. Tidak lama kemudian panggilan dimatikan.

"Kenapa sayang? " Soal Aidan. Yuzma menoleh pada suaminya itu sebelum dia tersenyum kecil.

"Malam ni kena masuk kerja. Nak kena gantikan doktor Ilham yang cuti sakit. Malam ni sepatutnya dia jadi pembantu doktor Abu Bakar yang nak buat pembedahan buang ketumbuhan dekat seorang pesakit ni tapi doktor Ilham sakit. Nurse Ella yang call tadi. Katanya doktor Ilham eksiden. Nasib tak jadi apa-apa yang serius. Cuma dapat cuti sakit saja. " Panjang lebar dia jelaskan.

"Doktor Ilham yang pernah jaga abang masa dulu tu ke? " Soal Aidan. Dia ingat-ingat lupa gerangan yang dimaksudkan isterinya itu.

"Ya. Dialah yang jaga abang dulu masa rawatan fisioterapi abang tu. " Aidan mengangguk faham.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now