BAB 25

2.7K 92 5
                                    




✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧









      Di hujung bulan jun, Tan Sri Yusoff membuat majlis kenduri untuk menyambut adik iparnya bersama isteri adik iparnya itu yang selamat tiba di Malaysia selepas selesai menjalankan ibadah umrah.

Adik iparnya itu sudah lama duduk dan bekerja di luar negara. Baru-baru ini saja lelaki itu mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke Malaysia.

Lan Amirul Haziq ialah adik bongsu Puan Sri Lailatul. Lelaki itu juga sekepala dengan Tan Sri Yusoff. Kerana pada pandangan Tan Sri Yusoff, adik iparnya itu matang walaupun umurnya sekarang baru mencecah tiga puluh lima tahun. Antara tiga adik iparnya, hanya seorang itu saja yang boleh di pakai akal fikirannya.

Hari ini rumah agamnya penuh dengan saudara mara yang di jemputnya. Riuh rumahnya dengan suara yang bersembang dan gelak ketawa. Matanya memandang sekeliling mencari anak menantunya yang tak kunjung tiba. Sedari tadi dia menunggu.

Hampir sepuluh minit menunggu, kelibat yang di nanti kini muncul dan terus menghampirinya.

"Assalamualaikum papa, " Yuzma melangkah menghampirinya. Tangan tuanya di salam anak perempuannya itu di ikuti Aidan.

"Waalaikumsalam. Lambat sampai. " Tegurnya lembut. Aidan tersengih serba salah.

"Perut meragam tadi pa. Hehe... " Sengihnya.

"Mana tak meragamnya kalau dia dah balun dua bungkus maggi kari sebelum ke sini tadi. " Sampuk Yuzma. Aidan ketawa kecil bila Tan Sri Yusoff memandangnya tak percaya.

Tadinya dia lapar walaupun dah sarapan. Sementara menunggu Yuzma selesai membasuh pakaian mereka, dia masaklah dua bungkus maggi tu. Lagi pun dia teringin nak makan. Tu pasal siap dua bungkus dia masak. Tak sangka pula perutnya terima kejutan. Alamatnya bertapalah dia di dalam tandas.

"Ish! Kamu kan tak boleh makan pedas. Kenapa makan? " Tegur Tan Sri Yusoff. Aidan tersengih lagi.

"Teringin pa. " Balasnya kecil.

"Aik! Dah ada isi ke? " Sampuk satu suara. Mereka bertiga menoleh pada pemilik suara itu.

"Mirul. " Sapa Tan Sri Yusoff.

"Tak sangka Yuz yang dulu dah berubah ek? Dah kahwin dah. Hrm... " Cebik lelaki itu yang tidak senang pada pandangan Aidan. Berbulu matanya melihat tingkah lelaki itu.

"Kalau dulu masih berhingus!- "

"Ish! Tak payahlah ungkit kisah dulu. " Marah Yuzma bercampur geram.

Lelaki itu ketawa suka. Terhibur hatinya melihat wajah Yuzma membahang merah. Matanya kini beralih pada Aidan.

"By the way, saya dah ada isteri. " Ujarnya menyapa Aidan. Sedari tadi dia sedar akan pandangan suami kepada anak buahnya itu.

Tan Sri Yusoff diam seketika sebelum gelaknya terhambur. Dapat dia tangkap maksud sebenar adik iparnya. Menggeleng dia buat seketika sebelum dia tarik rapat bahu Aidan. Lan Amirul Haziq di depan mereka di tepuk di bahu sejenak.

"Yang ni adik ipar papa. Adik bongsu mama. Lan Amirul Haziq. " Kenalnya pada Aidan. Aidan yang sedar dia sudah terlebih cemburu lantas laju saja menyalam lelaki itu.

"Pakcik. " Tegurnya.

"Sehat Aidan? Maaflah pak su tak dapat hadir masa kamu kahwin hari tu. " Soalnya pada Aidan.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now