✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•Aidan terkejut bila melihat Puan Sri Lailatul elok duduk menonton rancangan di kaca televisyen petang itu. Hatinya sudah gusar melihat wanita itu hadir di temani Ahmad Nazrel. Sudahlah Yuzma malam ini kerja. Risau hatinya. Dia berdoa semoga tak ada benda buruk yang berlaku padanya.
"Assalamualaikum mama.. " Sapanya.
Puan Sri Lailatul merengus. Aidan di jeling tajam. Salam menantu tak di iktirafnya hanya di jawab di dalam hati.
"Yuzma mana? " Soal Ahmad Nazrel.
"Kerja. " Jawab Aidan sepatah. Bila melihat dua ketul manusia itu diam menonton televisyen, dia mengambil keputusan untuk naik menuju bilik. Dia mahu membersihkan diri dahulu setelah seharian bergelumang dengan kuman-kuman.
Hilang saja kelibat Aidan, Ahmad Nazrel dan Puan Sri Lailatul berpandangan. Puan Sri Lailatul mengangguk sebelum dia bangkit keluar dari rumah itu manakala Ahmad Nazrel mencapai telefonnya.
Buat seketika dia bersembang dengan seseorang melalui panggilan yang dibuatnya sebelum dia bangkit berdiri. Senyum sinis terukir lalu dia berpusing menuju tingkat atas.
Langkahnya perlahan meniti anak tangga. Jari ikut menari seiring bibirnya yang gembira bersiul. Bunyi bising di luar rumah dia tidak hiraukan. Tahulah dia siapa itu. Lantas pintu yang menjadi tumpuannya dia hampiri. Telinga melekap mahu mendengar bunyian di dalam bilik itu. Sunyi.
Ahmad Nazrel tersenyum suka. Lantas tangan naik memegang tombol pintu. Baru saja mahu memulas benda itu, dia di sapa dari belakang. Muka terus menyirap.
"Ikut jelah. "Ujarnya geram bercampur marah. Tiga lelaki yang baru muncul itu mengangguk teruja. Laju kepala mereka menjenguk ke dalam bila pintu itu terbuka luas.
"Buat seperti yang di rancang. " Bisik Ahmad Nazrel sebelum dia mengambil tempat di sofa di depan katil. Senyum sinis masih terukir di bibir.
Tidak lama kemudian, pintu bilik air terbuka dari dalam. Terus mata mereka berempat memandang figura yang hanya bertuala paras pinggang yang kaku berdiri melihat mereka berempat.
"Hai baby... " Ujar lelaki yang berkulit sawo matang dan bertubuh tegap itu. Dua lagi rakannya hanya tersengih tidak sabar.
Aidan tersentak sebelum dia menutup laju pintu bilik air itu. Terdengar jeritan garau dari luar. Pintu bilik air juga di ketuk bertalu-talu dengan kasar. Serasa mahu pecah pintu itu di kerjakan.
Nafasnya terus berubah kasar. Laju matanya memerhati sekeliling mencari senjata untuk mempertahankan dirinya namun hampa.
"Hoii!! Buka pintu ni! " Jeritan dari luar makin buatkan dia kalut. Matanya memandang lubang yang menghubungkan bilik air itu ke bilik cucian di tingkat bawah. Kegunaan lubang itu ialah untuk memudahkan mereka mengangkut pakaian kotor ke bilik cucian. Hanya memasukkan baju-baju kotor ke lubang itu dan pakaian kotor akan jatuh ke tingkat bawah di mana bilik cucian berada.
Tanpa berfikir panjang, dia melucutkan tuala dari tubuh sebelum dia bergegas mengelongsor masuk ke lubang itu. Walaupun sempit dia paksa juga. Habis sakit kulit tubuhnya yang bergesel dengan dinding lubang itu. Jatuh saja di bilik cucian, bergegas dia mencari pakaian kotor untuk di pakai menutup tubuh bogelnya namun sehelai pakaian pun tak ada. Baru dia teringat yang Yuzma baru saja menyuci pakaian sebelum menuju ke tempat kerja tadi. Menyesal pula dia melepaskan tuala dari pinggangnya dan sekarang dia dah macam apa entah. Dia pun malu melihat keadaan dirinya yang tanpa seurat benang.
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...