✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•"BOS, " Panggil anak buahnya. Ahmad Nazrel mendengus kasar. Terasa terganggu bila anak buahnya itu tak henti-henti memanggilnya. Mana dia sibuk nak main game, situ juga mamat tu nak ganggu dia.
"Apa?! " Soalnya kasar dengan mata masih merenung skrin telefon.
"Macam mana kalau dia beritahu polis, masak kita bos. Aku tak nak duduk dalam penjara bos. " Ujar lelaki itu. Ahmad Nazrel tergelak jahat. Telefonnya dilempar ke meja.
"Budak tu mana berani. Sekarang ni budak tu trauma. Dah kalau trauma, macam mana dia nak bocorkan? " Soal Nazrel pada lelaki itu.
"Bos yakin? "
"Yakinlah. Jangan risau. Rahsia kita masih tersimpan rapi. Lagipun aku nak rasa juga budak tu. Dah lama tak rasa yang ketat macam dia tu. Asyik yang tak sedap aje. " Lelaki itu nampak geli geleman tapi dia tetap berlagak selamba. Yalah, dia pun hidup hanya bergantung pada bos songsangnya itu. Kalau tak, tak adanya dia hidup dekat dunia ni.
"Lepas tu, bos nak buat apa? " Soalnya ingin tahu.
"Nak buat apa? Juallah. " Balas Nazrel laju sebelum dia tergelak jahat. Lelaki itu ikut tergelak kerana tidak mahu bosnya rasa lain bila gelak seorang diri.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•
YAZZID Qaeril setia menanti di luar kereta menunggu suami isteri itu yang masih belum keluar. Dipandang adik iparnya yang menggeleng berkali-kali. Takut sangat."Jomlah. Yuz kan ada, jom. " Pujuk Yuzma buat kesekian kalinya.
"Tak nak. Abang takutlah. "
"Nak takut apa? Kita pergi depan tu saja. Jom. Abangkan pernah cakap yang abang nak pergi dekat sini? Tak ingat? " Aidan menoleh ke luar kereta sebelum memandang Yuzma semula.
"Sayang jangan lari tau. " Ujarnya. Yuzma tersenyum seraya dibalas genggaman Aidan.
"Tak. Jomlah. Along dah tunggu lama tu. " Aidan akur sebelum dia perlahan turun dari kereta. Matanya memerhati kawasan sekelilingnya. Genggaman tangan tidak pernah lepas sepanjang mereka menuju tasik buatan yang ada di taman itu. Yazzid Qaeril membawa mereka ke tempat yang agak tenang tanpa orang. Hujung minggu begini memang banyak orang yang ke taman. Nasiblah dia menjumpai tempat yang agak strategik.
Tikar yang dibawa di hampar diatas rumput. Bakul berisi bekal makanan diletak diatas tikar.
"Duduklah. " Ujar Yuzma pada suaminya. Aidan hanya menurut tanpa sebarang bunyi. Laju dia duduk ditepi Yuzma. Digenggam kembali tangan Yuzma sambil mata merenung kiri dan kanan.
"Abang nak? " Roti sardin disua pada Aidan.
"Terima kasih. " Ujar lelaki itu. Yuzma membalas dengan senyuman.
"Adik bila nak bawa dia pergi terapi? " Soal Yazzid Qaeril setelah lama berdiam diri. Yuzma menoleh pada abangnya.
"Bila dia dah biasa dengan keadaan sekeliling. Lagipun Yuz nak jumpa kawan Yuz tu dulu sebelum buat temu janji. Yuz tak nak orang lain yang rawat dia. " Yazzid Qaeril mengangguk seraya tersenyum kecil.
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...