BAB 41

1.9K 64 2
                                    





✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧










      YUZMA diam merenung Aidan yang ralit mengemas pakaiannya. Satu persatu baju dilipat dan dimasukkan ke dalam beg oleh lelaki itu. Tidak lupa juga dibawa alatan mandi.

"Dah ke? " Soalnya pada Aidan.

"Dah. " Pendek saja lelaki itu membalas. Tak ada mood.

"Kenapa pula ni? " Soal Yuzma ingin tahu. Padahal dia dah cukup faham dan tahu makna sebalik muka monyok lelaki itu.

"Tak ada apa. " Pendek saja balasannya.

"Takkan masih merajuk? Bukan salah Yuz tak dapat cuti. Lagipun lusa Yuz ada pembedahan penting. Mana boleh sengaja ambil cuti. Tak profesional kalau macam tu. " Aidan diam ditepi katil.

"Tak apa. " Gumamnya sebelum bangkit. Beg diangkat sebelum berlalu keluar dari bilik beradu mereka berdua. Yuzma diam mengekori lelaki itu.

"Dahlah. Abang pergi dulu. " Menyedari van pekerja sudah terparkir didepan rumah buatkan Aidan kembali berdiri dari duduk disofa itu.

Yuzma melangkah menuju pintu utama. Setia menanti Aidan selesai menyarungkan kasut.

Tangan dihulur. Yuzma akur menyalami tangan lelaki itu.

"Hati-hati duduk dirumah. " Pesan Aidan. Yuzma senyum kecil. Tangan naik melekap pada kedua pipi Aidan.

"Senyum sikit. " Ujarnya. Aidan menurut.

"Nanti bila Yuz dah dapat cuti barulah kita pergi honeymoon. " Yuzma bersuara memujuk lelaki itu.

"Betul ke? " Dia tergelak kecil seraya mengangguk.

"Woii!! Cepat sikit! Kau fikir aku ni pemandu kau ke?! " Jeritan lantang dari dalam van kedengaran. Aidan mendengus. Kacau daun betullah.

"Diam gile! " Selarnya. Fawwaz ditempat duduk pemandu ketawa besar. Senang hati dapat mengganggu pasangan itu.

"Janji ek? " Aidan menuntut kepastian. Yuzma mengangguk.

"Ya. Janji. Dah pergilah. Penat yang lain tunggu abang. "

"Baiklah. " Yuzma dipeluk erat sebelum pelukan dileraikan dan dia melangkah kebelakang.

"Abang pergi dulu. "

"Hati-hati. " Balas Yuzma. Setelah kelibat van pekerja yang dinaiki Aidan hilang dari pandangan, dia berlalu ke dalam rumah. Pintu utama ditutup sebelum dia menghela nafas panjang. Tiga hari yang sunyi. Mujur juga tiga hari berturut-turut itu jadualnya padat dengan pembedahan. Tak adalah rasa sunyi sangat dengan ketiadaan Aidan.
   
   
   
   
   



✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧









   
     SETELAH sampai ditempat penginapan mereka. Aidan melangkah turun dari bas yang disewa syarikat sempena percutian mereka itu. Lima buah bas persiaran yang memuatkan lebih tiga puluh penumpang telah disewa syarikat untuk tiga hari itu.
Setelah diberikan sedikit taklimat dan diberikan kunci bilik pada mereka, Aidan menepuk bahu Fawwaz kerana sudah letih berdiri disitu.

"Aku nak masuk bilik. Pening. " Fawwaz mengangguk.

"Pergilah dulu. "

Kad akses kedua dihulur pada Fawwaz. Lelaki itu diam menerima sebelum Aidan berlalu pergi.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now