BAB 46

1.9K 61 8
                                    








✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧









            KENING Aidan hampir bercantum melihat perangai Yuzma yang semakin hari semakin berubah. Tengoklah sekarang ni, waktu dah menginjak ke pukul sebelas malam. Boleh pula isterinya itu kejutkan dia minta temankan turun ke bawah. Fikirkan apalah. Rupanya minta teman makan.

"Abang nak? " Soalan Yuzma buatkan dia tersedar dari lamunan.

Daging ayam ditangan Yuzma dia perhati buat seketika sebelum menggeleng kecil.

Yuzma mencebik. Muka sudah berkerut tak puas hati kerana Aidan menolak suapannya. Orang dah baik hati nak suap boleh pula suaminya tolak.

"Nak juga! " Disuap secara paksa daging ayam itu ke mulut Aidan dan bibirnya melukis senyum puas bila daging tersebut sudah masuk ke dalam mulut suaminya.

"Sedap tak? " Soalnya. Aidan cuma senyum kecil. Nanti kalau jawab sedap memang disuapnya terus.

"Dah ke? " Soal Aidan bila pinggan Yuzma sudah kosong. Hanya tinggal tulang ayam saja.

"Hmm abang, "

"Apa dia? " Yuzma di pandang dari tepi. Adalah tu mahunya kalau dah tersengih-sengih macam tu.

"Nak apa? " Soalnya lagi.

Yuzma tersengih. Tangan naik memeluk lengan Aidan.

"Teman Yuz keluar. Yuz tak boleh tidurlah abang. Dahlah baru makan ni. Lagi susah Yuz nak tidur. "

"Nak pergi mana malam-malam buta ni sayang? Orang lain tengah bermimpi, sayang boleh pula nak keluar berkeliaran. Dah tak payah. Jom naik atas tidur. " Permintaan Yuzma ditolak bulat-bulat kerana sebetulnya dia mengantuk.

Yuzma mencebik. Pelukan dileraikan sebelum menonong keluar dari dapur menuju ruang tamu. Tubuh di hempaskan ke sofa bujang. Nanti kalau duduk di sofa berantai boleh pula Aidan menyelit. Dia tak nak. Sekarang ni dia nak merajuk. Siapa suruh tak penuhkan permintaan dia.

Hmp!

Aidan menggeleng kecil. Meja dikemas. Pinggan yang digunakan Yuzma dia cuci dan lap bersih sebelum dimasukkan ke dalam bekas bertutup. Setelah mematikan lampu dapur, dia menuju ke ruang tamu di mana Yuzma sedang berada.

"Sa- "

"Tak nak! " Baru nak cakap Yuzma dah potong dahulu. Aidan tersengih kecil. Cium karang. Kerja nak merajuk saja.

"Pergilah bersiap. " Arahnya namun Yuzma diam memeluk tubuh.

"Nak ke tak nak? Abang kalau tidur ni memang esok subuh baru bangun. Pergi bersiap sebelum abang- "

"Okey-okey! " Laju Yuzma bangkit sebelum hilang ke tingkat atas. Aidan tersengih kecil melihat tingkah wanita itu.

"Nak pergi mana? " Soal Aidan tika dia memandu keretanya keluar dari kawasan perumahan mereka.

"Tak tahu. " Jawab Yuzma.

Aidan mencebik. Bukan main paksa ajak orang keluar tapi tak tahu nak pergi mana. Kereta terus dipandu tanpa arah.

"Abang singgah situ. " Restoran McD di tunjuk.

"Nak masuk ke nak drive-thru? " Soal Aidan.

"Nak masuk. "

"Iyalah. " Akur saja dia memandu masuk ke kawasan restoran mencari parkir.

"Jom. " Tak sabar dia nak masuk. Tangan Aidan terus dicapai sebelum ditarik melangkah bersama.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now