BAB 17

2.8K 106 9
                                    





✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧










         MASA yang terluang pada hujung minggu di isi dengan aktiviti lasak yang disertai Yazzid Qaeril, Harith, Zafrel, Adam dan Aidan serta Yuzma yang tidak mahu ketinggalan seperti yang di janjikan mereka. Kali ini mereka meredah hutan dengan menaiki kereta lasak. Selama dua hari satu malam mereka berkampung di dalam hutan. Kawasan strategik turut disediakan oleh pihak yang membuka tempat tersebut. Turut kelihatan beberapa kumpulan yang ada semasa mereka tiba di tempat perkhemahan itu.

Perjalanan masuk menuju tempat perkhemahan amat mencabar. Ia mengambil masa berjam-jam disebabkan jalan yang berlumpur. Kadang kereta tersangkut didalam lopak yang dalam. Tapi keadaan mencabar itulah yang mereka mahu. Terasa kepuasan sebenar. Fikiran pun tenang dari sebarang tekanan.

"Nanti hidupkan api cepat. Bagi tempat ni berasap kalau tak nak pacat tu cium kau orang. " Ujar Harith yang sedang mendirikan khemahnya. Zafrel pula bertindak membersihkan kawasan mereka dari daun-daun kering dan ranting-ranting kecil. Meja yang dibawa diturunkan sebelum di pasang. Aidan membantu Adam menyusun barang-barang keperluan mereka di atas meja itu. Kerusi lipat juga turut dipasang dan di susun.

Dapur yang dibawa di pasang di satu tempat tidak jauh dari meja itu. Yuzma memasang plastik sampah pada sebatang pokok. Ayam yang diperapnya dari rumah di keluarkan.

"Dah ke along? " Soalnya pada Yazzid Qaeril yang sedang membakar arang untuk memanggang ayam tersebut.

"Dah. Tinggal tunggu je. " Ujar Yazzid Qaeril sebelum berlalu untuk mendirikan khemahnya.

Yuzma memandang kejap Aidan yang sedang memasang khemah mereka. Tersenyum dia melihat Aidan yang berusaha memasang khemah. Ketara muka itu berkerut. Geram mungkin bila khemah tidak jadi-jadi.

"Menyangkutlah abang. " Tegurnya. Batang besi dimasukkan dengan sempurna pada laluannya.

"Ish dia ni. Nak juga awek, baru jadi. " Rungut Aidan geram. Dipijak geram besi yang dicucuk ke dalam tanah. Yuzma menggeleng. Tu pun nak marah.

"Dahlah. Abang masukkan beg ni ke dalam. " Beg galas berisi keperluan mereka di hulur pada Aidan. Berat nak mampus. Entah apa isinya. Setahunya dia letak pakaian saja dalam tu.

Beg yang dihulur disambut sebelum di masukkan ke dalam khemah. Zip beg dibuka. Bantal angin yang dilipat kecil di keluarkan sebelum dimasukkan angin. Empat biji bantal angin disusun. Selimut juga turut dikeluarkan. Setelah berpuas hati, dia berlalu keluar. Yuzma yang sedang membakar ayam dihampiri. Berbunyi perutnya bila tercium bau ayam itu. Sedapnya bau.

"Abang panaskan air boleh? " Dia mengangguk. Cerek diisi air sebelum di letak ke atas dapur yang dibawa. Api dihidupkan.

Sejam kemudian, mereka duduk santai sambil menikmati ayam yang dipanggang beserta kopi panas. Tenang saja sekeliling mereka. Bunyi burung-burung dan bunyi air sungai yang berada tidak jauh dari mereka sungguh mendamaikan.







✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧











        MALAMNYA mereka duduk bersantai membentuk bulatan mengelilingi unggun api. Yuzma teruja kerana ini kali pertama dia bermalam di dalam hutan. Bunyi cengkerik jelas kedengaran. Kumpulan yang tidak jauh dari mereka kelihatan sedang bergelak ketawa. Mungkin satu keluarga kerana ada beberapa orang anak kecil yang turut kelihatan.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now