BAB 38

1.9K 59 5
                                    

         



✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧










            LAMA Aidan menunggu disitu namun kelibat yang dinanti masih tak muncul lagi. Naik lenguh pinggangnya duduk lama disitu. Bosan menunggu didalam kereta, dia keluar. Hampir setengah jam menunggu, akhirnya kelibat yang dinanti muncul.

"Assalamualaikum, "

"Waalaikumussalam. " Mereka berpelukan buat seketika sebelum Aidan meleraikan pelukan itu. Senyum dilorek.

"Macam mana? " Soalnya.

"Alhamdulillah. Syukur. " Melihat akan perubahan lelaki itu sudah cukup baginya.

"Jom balik. Kita jumpa mama. " Ahmad Nazrel mengangguk kecil walhal hatinya berdebar kencang. Bimbang akan penerimaan keluarganya.

"Eh sebelum tu kita singgah butik jap. " Aidan bersuara ketika kenderaan sudah mula bergerak.

"Kenapa? " Soal Ahmad Nazrel.

"Hari ni ada kenduri kesyukuran. Tapi family tak tahu lagi kau balik. Kira kejutan jugalah ni. Yuzma ada pesan belikan kau baju melayu. " Jelas Aidan.

Ahmad Nazrel diam termenung. Aidan menoleh ke kiri bila lelaki yang duduk disebelahnya itu diam.

"Kau tak payah risaulah. Inshaallah mama dengan yang lain boleh terima kau. Kaukan dah berubah. Mustahil mama tak terima. Mustahil mak ayah kau tak boleh terima dan kalau mereka tak boleh terima pun, kau usahalah. Doa yang baik-baik saja. " Pujuknya. Ahmad Nazrel senyum hambar. Dalam otak dah berlegar-legar setiap kesalahan yang dia lakukan. Boleh ke keluarganya menerima dirinya yang terlalu banyak salah.

Selesai menyiapkan lelaki itu di butik sebentar tadi, mereka meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Sesekali Aidan mengerling Nazrel disebelah yang senyap. Entah apalah yang difikir lelaki itu.

"Jom turun. " Akhirnya dia bersuara bila Nazrel langsung tidak keluar walhal mereka sudah berapa minit tiba. Rupanya lelaki itu sedang ralit termenung.

"Hah? "

"Dah sampai dah. Jom. " Sekali lagi dia bersuara sebelum keluar dari kereta. Halaman rumah milik Tan Sri Yusoff kelihatan penuh dengan tetamu jemputan. Maklumlah suasana raya masih terasa. Itu yang semua tetamu yang dijemput sakan dengan baju melayu baju kurungnya. Semuanya masih semangat dengan rayanya.

Aidan menoleh pada Nazrel yang terkebil-kebil didepan pagar utama rumah agam itu.

"Tunggu apa lagi? " Soalnya. Nazrel menoleh padanya dengan muka pucat. Aidan tersengih. Lucu melihat riak takut lelaki itu.

"Jom. Tak payah nak takut. Mereka dekat dalam tu bukan makan orang pun. " Ujarnya cuba menyedapkan hati lelaki itu.

"Takutlah... "

Dia tersengih.

"Kau tak nak rasa lauk yang mak kau masak ke? Sebelum aku gerak tadi sempat juga tengok mak kau masak rendang daging. Aku dah kebulur ni kau pula buat drama dekat sini. "

"Alaaa... " Aidan menggeleng malas melayan kerenah lelaki itu. Langkah dibuka masuk ke kawasan rumah. Terdengar doa sudah dimulakan lantas dia bergegas tidak mahu ketinggalan dalam majlis itu. Nazrel ditinggalkan dibelakang. Pandailah lelaki itu.

Selesai imam membaca doa, Tan Sri Yusoff berdiri menjemput tetamu untuk ke halaman rumah dimana kanopi menempatkan lauk pauk kenduri tersedia. Tetamu dijemput makan.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now