✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•Aidan memejam mata tak sanggup melihat adegan didepan matanya. Air matanya ditahan dari gugur melihat abang iparnya dipaksa.
Jeritan kuat Fakhrul kedengaran buatkan dia membuka mata. Pemandangan yang agak perit kelihatan. Yazzid Qaeril menggigit kuat alat sulit milik Fakhrul.
"Lepas bodoh! " Jerit Fakhrul. Anak-anak buahnya berusaha menarik tubuh Yazzid Qaeril dari Fakhrul.
"Lepas! Lepas! " Jerit Fakhrul. Yazzid Qaeril sekuat hati mengigit alat sulit lelaki itu. Terasa juga mulutnya penuh darah dan sisa bau hamis kencing.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•"KAU dah call polis ke? " Soal seseorang. Matanya memandang keadaan diluar stor itu melalui ruang kaca pintu stor. Nasib mereka berempat tidak dijaga. Semasa mereka di cekup ketika bertugas tadi, mereka dibelasah sebelum di humban masuk ke dalam stor itu.
"Dah. Pihak polis dalam perjalanan. " Jelas rakan setugasnya. Kepala turut menjenguk melalui ruang kaca itu. Mahu melihat keadaan yang masih riuh diluar sana. Jeritan perit Fakhrul masih kedengaran.
"Perit mat! " Adu salah seorang dari mereka.
Yang lain mengangguk setuju. Dalam keadaan genting begitu pun mereka masih kagum akan Tuan Yazzid.
Tidak sampai tiga puluh minit, lobi hotel itu diserbu pihak polis. Anak-anak buah Fakhrul tidak sempat bersedia kerana mereka masih kalut melepaskan Yazzid Qaeril dari Fakhrul. Nyata lelaki itu sekuat hati menggigit.
"Jangan bergerak! Kami polis! Letak tangan di belakang kepala! Sebarang tindakan akan memberikan kesan buruk kepada anda! " Seorang pegawai polis bersuara. Senjata diacukan.
Fakhrul berdecit sambil menahan perit. Tubuhnya ditolak meniarap ke lantai sebelum kedua tangannya digari.
"Sakit bodoh! " Jerkahnya bila kemaluannya dihimpit ke lantai.
"Diam! " Suara pegawai polis yang menahannya sama naik kasarnya.
"Padan muka! " Yazzid Qaeril bersuara lalu meludah sisa darah di dalam mulutnya ke arah Fakhrul. Puas hatinya. Lagi dia suka kalau lelaki tak guna itu mandul.
"Encik okey? " Soal salah seorang pegawai polis. Yazzid Qaeril mengangguk. Sempat mengucapkan terima kasih setelah tali yang mengikat pergelangan tangannya dileraikan.
Ahmad Nazrel yang tidak sedarkan diri diuruskan oleh paramedik.
"Jom kita ke hospital untuk rawatan lanjut dahulu baru ke balai polis untuk membantu siasatan. " Ujar salah seorang pegawai polis. Kesemua mangsa yang terlibat di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut termasuk empat orang pengawal yang di kunci didalam stor.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•"ABANG! " Yuzma berlari anak menghampiri Aidan yang sedang duduk di birai katil. Dia baru saja menerima rawatan sebentar tadi.
"Sayang, perlahan sikit. " Tegur Aidan. Risau melihat ibu mengandung itu.
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...