BAB 21

2.6K 86 8
                                    





✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧








Tan Sri Yusoff hanya senyap mengerling isterinya yang tak reti diam itu. Ke kiri ke kanan wanita itu berlegar-legar di dalam bilik mereka. Buku kisah-kisah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Nabi Muhammad SAW yang di pegangnya kembali di beri perhatian. Lebih baik dia mengisi masa lapangnya dengan benda yang berfaedah dari melayan perangai tak betul isterinya itu.

Baru sahaja mahu hanyut dalam dunianya, suara isterinya timbul mengganggu fokusnya membaca.

"Adik ni makin hari makin melampau! " Dengus perempuan yang sudah berusia itu. Wajahnya sudah berkerut tanda tidak puas hati dengan berita yang baru saja di terimanya.

Tan Sri Yusoff menarik nafas dalam sebelum buku di tangan di tutup lalu di letak ke sisi. Mata di fokuskan pada Puan Sri Lailatul. Hening seketika sebelum dia bersuara.

"Apa lagi yang awak bisingkan tengah-tengah malam buta ni Lailatul? " Soalnya. Wanita itu mendengus seraya duduk kasar di birai katil.

"Anak abanglah. Ada ke pindah rumah tak cakap dengan Lai. Ni mesti kerja menantu kesayangan abang tu. Mesti dia ajar yang bukan-bukan pada adik. " Serkap Puan Sri Lailatul. Dia sangat tidak berpuas hati bila mengetahui dari Ahmad Nazrel yang rumah milik Yuzma sudah di jual dan anak serta menantu tak di iktirafnya sudah berpindah ke tempat lain. Ahmad Nazrel juga ada cuba mencari ke mana rumah baru anaknya itu namun anak buahnya tidak berhasil.

"Astaghfirullah al-azim, Lailatul! Awak ni dah kenapa? Apa yang tak kena dengan awak ni? Bawa-bawalah mengucap. Sudah-sudahlah nak fikir yang bukan-bukan pasal menantu kita tu. Itu hal mereka. Biarlah nak pindah ke manapun. Yang awak sibuk dah kenapa? Tak ada faedah pun abang tengok. " Balas Tan Sri Yusoff buatkan isterinya itu mendengus marah. Jelingan tajam sudah di beri pada suaminya.

"Apa? Menantu kita? Maaf abang tapi menantu kesayangan abang tu sampai bila-bila Lai takkan terima. Budak miskin tu menantu abang. Bukan Lai! Ingat tu! " Balasnya kasar. Sekali lagi dia mendengus.

"Astaghfirullah...! Sampai bila awak nak hidup dengan kedegilan awak ni Lailatul, huh? "

"Sampai budak itu pergi dari hidup kita. " Balas Puan Sri Lailatul angkuh. Tan Sri Yusoff menggeleng kecewa dengan tingkah isterinya.

"Abang tengoklah tu, dalam diam mereka pindah rumah. Sikit pun tak beritahu kita. Budak tu memang kurang ajar. Macam tu ke menantu yang abang agungkan tu? Perangai entah apa-apa. " Tambah wanita itu lagi sambil memeluk tubuh. Tan Sri Yusoff menarik nafas panjang. Menyirap darahnya mendengar bicara isterinya itu. Ikutkan hati dah lama tangannya naik menampar isterinya. Makin hari makin kurang ajar wanita itu.

"Abang yang arahkan mereka pindah. Malam semalam rumah tu dipecah masuk atau lebih tepatnya ada yang menjemput tetamu tak diundang ke dalam rumah adik. " Puan Sri Lailatul sudah menarik liur kesat. Takut rahsianya bocor.

"Ab-abang nak pelik apa. Mestilah kerja budak tu. " Tuduhnya tanpa memandang suaminya. Tan Sri Yusoff menarik senyum sinis.

"Aidan kata awak dengan Naz ada malam tu. Awak buat apa sana? " Soal Tan Sri Yusoff dengan nada yang keras tapi masih rendah.

"Ap-apa? Bi-bila masa pula ni? " Tan Sri Yusoff menggeleng kecil. Hatinya sakit. Tidak perlu dipanjangkan kerana dia sudah tahu dalang siapa kejadian malam itu. Dia kecewa dengan isterinya kerana menipunya. Rumah milik anaknya itu punyai rakaman litar tertutup dan kesemua wajah-wajah yang terlibat dapat di rakam.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now