BAB 4

3.9K 123 4
                                    




✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧








Ruang tamu itu nampak tegang bila anak beranak itu tidak mahu mengalah. Lewat malam, orang lain sedang berehat tapi tidak bagi mereka.

"No! Adik tak nak kahwin dengan dia. Papa faham tak yang adik tak bersalah? " Tegas Yuzma bersuara. Kepalanya yang sakit di picit lemah.

"Keputusan papa muktamad. Malam ni, adik kena juga kahwin dengan dia! " Tekan Tan Sri Yusoff yang turut tidak mahu mengalah. Anaknya di renung tajam.

"Abang... adik dah mengaku tak bersalah, kenapa abang nak paksa? " Puan Sri Lailatul menyampuk. Muka nyata tidak suka dengan keputusan suaminya itu.

"Tak bersalah apanya bila duduk berduaan dalam rumah? " Soal Tan Sri Yusoff sinis.

"Pa! Adik tak duduk pun dengan dia. Dia cuma datang nak hantar baju yang adik bagi pinjam dekat dia. "

"Habis tu macam mana boleh kena cekup? " Sinis Tan Sri Yusoff menyoal. Yuzma terdiam.

"Keputusan papa muktamad. " Putus Tan Sri Yusoff. Beberapa orang lelaki yang ada di luar rumah anaknya di panggil sekali dengan lelaki yang telah di cekup di panggil masuk.

"Pa.. " Yuzma bersuara.

"Pandai buat, pandai tanggung. " Ujar Tan Sri Yusoff sebelum dia mengarahkan Ustaz untuk menikahkan anaknya dengan lelaki yang telah di tangkap khalwat dengan anaknya itu. Biarpun mereka berdua lengkap berpakaian, kecurigaan tetap ada bila mereka di tangkap dalam keadaan yang sedang berpelukan.

Yuzma hanya mampu memejam mata bila lelaki itu dengan lancar melafazkan akad nikah tanpa rasa gugup sama sekali. Salahnya juga kerana membenarkan Aidan datang ke rumahnya malam ini. Sepatutnya dia suruh saja Aidan menghantar baju itu ke hospital esok namun tak ada guna lagi untuk dia menyesal bila mereka kini sudah sah menjadi pasangan suami isteri.

Sedikitpun dia tidak menoleh pada keluarganya dan Aidan. Hilang saja kelibat yang telah menangkap mereka, terus dia menuju biliknya. Pintu di kunci rapat. Kepala yang rasa sakit di rehatkan ke bantal. Kalaulah dia tak keluar tadi, tak adanya nak jadi macam ni. Masa ni juga demamnya nak datang. Aidan pun satu, yang gatal nak sambut dia tu dah kenapa. Pedulilah sekalipun kalau dia jatuh tersembam. Keluhan di lepaskan. Mata di pejam erat.

Aidan hanya mampu mengeluh di ruang tamu. Rambutnya di usap. Bila yakin kereta yang di pandu Yazzid Qaeril hilang, topi keledar dan jaketnya di capai. Pintu rumah di kunci sebelum dia berlalu pergi dari rumah itu. Beku sekejap otaknya mahu memikir perjalanan hidupnya yang nampak seperti sebuah kisah yang tidak tahu nak di putuskan sebagai apa. Tiba-tiba saja dia sudah bergelar sebagai suami orang.

Lewat malam baru dia balik ke rumah doktor Farhan. Hampir lima jam dia merayau mengosongkan fikiran dari memikirkan tentang hal tadi.

Kalaulah dia tahu ada pihak agama tadi, baik dia biarkan saja Yuzma jatuh mencium lantai daripada dia pergi sambut. Kepala di garu kasar menuju biliknya. Tidak sedar yang doktor Farhan sedang memandangnya dari anak tangga.

"Kau pergi mana? "

"Allah akhbar! " Aidan terkejut. Hampir terlepas topi keledar di tangannya.

"Kau pergi mana lewat sangat baru balik? " Aidan bungkam seketika sebelum dia mendongak.

"Aku ada benda nak cakap. " Ujarnya sebelum menuju ruang tamu. Doktor Farhan turut menuju dan melabuhkan punggung di sofa depannya.

"Apa dia? " Soal lelaki itu. Songkok di kepala di lepas dan di letak ke atas meja. Sempat Aidan tersenyum melihatnya. Mungkin lelaki itu baru siap solat tahajjud. Itulah rutin lelaki itu di waktu malam. Solat malam tak pernah tinggal. Dia selalu juga di ajak lelaki itu. Cuma dia saja yang kadang malas.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now