✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•TIBA di hospital, Yuzma terus di tolak masuk ke bilik bersalin sambil diekori Aidan.
"Encik, sila isi borang. " Seorang jururawat muncul membawa sehelai borang yang perlu di isi. Aidan akur. Sesekali mata naik mengerling Yuzma yang merintih perlahan di atas katil.
"Dah. "
"Baik. Kejap lagi doktor akan masuk untuk check bukaan isteri encik. Kalau cukup sepuluh cm, barulah isteri encik akan di guide untuk melahirkan anak encik dan puan. " Jelas jururawat itu sebelum meminta diri.
"Sayang, tak boleh ke lahirkan macam tu je? Kenapa mesti kena tunggu sepuluh cm? Sakitlah sayang nak menahan. " Rungut Aidan. Yuzma yang sedang menahan sakit tersentak. Aidan di renung tajam. Dahlah dia tengah tahan sakit, Aidan pula buat lawak masa-masa genting macam ni. Ya Allah.. berilah dia kesabaran.
"Kenapa sayang? " Soal Aidan lagi. Tak habis fikir kenapa perlu tunggu sampai sepuluh cm.
Saat perutnya kembali sakit, tangan laju menarik rambut Aidan dan di cengkam kuat.
"Abang diam! " Dengan suara perlahan dan tertahan menahan sakit. Dengar soalan Aidan buatkan dia sakit berganda-ganda.
"Adedei sayang! Sakit! Lepas! Lepas! " Aidan menjerit sakit bila kepalanya terhuyung-hayang Yuzma tolak dan tarik. Mahu tercabut rambutnya di cengkam wanita itu. Ya Allah sakit!
Tidak lama kemudian, seorang doktor wanita melangkah masuk di ekori dua orang jururawat.
Senyum lucu timbul melihat pasangan itu. macam-macam ragam. Tanpa membuang masa, kerjanya terus di selesaikan.
"Baiklah puan. Bukaan pun dah sepuluh cm. Puan dah boleh meneran. Ikut arahan saya ya. Dan tolong jangan jerit, bila puan jerit, lagi cepat tenaga puan hilang. " Yuzma mengangguk berkali-kali.
Cengkaman di rambut Aidan dia lepaskan namun leher baju Aidan pula menjadi mangsa. Lelaki itu di tarik rapat ke arahnya.
"Baik puan. Dalam kiraan tiga, puan terang ya? " Yuzma mengangguk.
"Bismillah. " Gumamnya. Setelah kiraan ketiga, dia mulai meneran.
"Ini abang punya salah! " Ujarnya sambil meneran.
"Apa abang pula?! " Soal Aidan tidak puas hati.
"Kenapa mengandungkan Yuz? " Leher baju Aidan di tarik kuat dan kembali meneran.
"Kepala dah nampak, puan. Push lagi! " Doktor wanita itu menyampuk.
"Jangan mengandungkan Yuz dah! " Aidan mengangguk berkali-kali. Dia takkan mengandungkan Yuzma dah. Seram tengok isterinya. Serupa nak makan dia pun ada. Macam ada dendam tak terlunas cara Yuzma memandangnya.
"Okey! Abang takkan mengandungkan sayang dah. " Akurnya. Doktor dan dua orang jururawat itu hampir tergelak mendengar sembang laki bini depan mereka itu.
"Alhamdulillah. " Doktor wanita itu bersuara saat pesakitnya sudah selamat melahirkan bayi perempuan. Bayi yang masih berdarah itu di serahkan kepada jururawat untuk di bersihkan.
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...