✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•
Pintu bilik kerjanya di renung lama. Otak ligat berfikir tentang hal yang baru saja pengarah hospital kata sebentar tadi semasa mereka sedang bermesyuarat. Surat di atas meja dia capai lalu di baca berulang kali. Baginya apa yang terkandung dalam surat itu tak ada masalah untuk di penuhi tetapi yang dia risaukan adalah suaminya, Aidan.
Bolehkah lelaki itu bersendirian nanti? Dia risau andai lelaki itu bersendirian. Yuzma menghembus nafas lemah. Jam di pergelangan tangan dia kerling. Waktu kerjanya dah habis. Mujur saja waktu kerjanya minggu ini tak padat. Dan kebetulan juga pagi tadi motor Aidan rosak. Di hantarnya Aidan ke tempat kerja sebelum menuju hospital. Tersengih suka lelaki itu kerana di hantar buatkan dia menggeleng. Gembira tak masuk akal baginya Aidan itu.
"Kak Hani, saya balik dulu. " Jururawat Hani yang ketika itu berada di kaunter mengangguk dengan senyuman kecil.
Sampai di syarikat milik keluarganya, Yuzma melangut sebentar di dalam kereta menunggu Aidan namun hampir lima belas minit, lelaki itu tak muncul-muncul. Pantas dia berlalu keluar. Kaki menuju lobi syarikat. Tersenyum dia bila melihat penyambut tetamu di kaunter itu masih tak bertukar. Si kaki dengki. Bisiknya dalam hati.
"Nak apa? " Soal salah seorang penyambut tetamu itu. Yuzma tersenyum sinis.
"Macam ni ke cara nak sambut tetamu? " Soalnya sinis.
"Kau siapa kami nak layan elok-elok? " Balas wanita itu kasar beserta jelingannya. Yuzma menggeleng. Ini mesti tiga kaki dengki itu tak mengenalinya. Maklumlah walaupun syarikat ini milik Tan Sri Yusoff, itu tak bermakna dia di kenali di sini. Walaupun dia salah seorang pemegang saham syarikat ini, tapi dia tak pernah pun nak jejakkan kaki ke sini. Mungkin dalam setahun hanya sekali saja dia muncul itupun jika mesyuarat penting yang memerlukan kehadirannya. Selebihnya tak pernah.
"Tak apalah. Aku tak kisah pun. " Balas Yuzma kasar. Turut di jeling tiga kaki dengki itu sebelum berlenggang menuju sofa di tengah-tengah lobi itu. Telefon di capai setelah melabuhkan punggung di salah sebuah sofa yang di sediakan. Mana tahu Aidan ada membuat panggilan. Tentang si tiga kaki dengki itu, nanti ada masanya dia uruskan.
Tidak lama kemudian, dia berlalu menuju kereta. Aidan baru saja menghantar pesanan yang mengatakan dia sudah berada di kereta. Sempat dia mengerling penyambut tetamu itu yang nyata sedang merenungya tajam. Tahulah dia cantik tapi tak payahlah renung lama. Yuzma tergelak dalam hati. Sempat dia berkhayal.
"Sayang pergi mana? " Soal Aidan tak menyempat. Yuzma tersenyum."Tak pergi manapun. Yuz duduk kejap dekat dalam. " Balasnya. Aidan mengangguk kecil sebelum meminta kunci kereta. Yuzma sekadar menuruti kehendak lelaki itu.
Menjelang malam usai mereka makan malam, dia dan Aidan duduk berehat di ruang tamu sambil menonton rancangan yang di siarkan.
"Abang, " Panggilnya. Aidan yang sedang kusyuk menonton menoleh ke sisi.
"Kenapa sayang? " Soalnya. Kini sepenuh perhatian di berikan pada Yuzma. Si isterinya. Doktor cantiknya.
"Lusa ni Yuz kena pergi Sarawak. Ada kursus dekat sana. " Jelas Yuzma. Aidan diam seketika.
"Berapa lama? " Soalnya.
"Tiga hari. " Jawab Yuzma.
"Sayang seorang ke? " Dia menggeleng.
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...