✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•AIDAN sabar menunggu Adam mengajarnya cara-cara memegang pistol dengan betul. Kagum dia melihat lelaki itu melepaskan tembakan tanpa rasa ragu.
"Kau genggam jangan kuat sangat. Biasa saja. Tak payah kuat. " Ujar Adam tika dia menunjukkan cara menggenggam pistol dengan betul.
"Kaki tu jangan sebaris. Biar berdiri macam nak melangkah. Kaki sebelah dekat depan. " Kaki kiri Aidan ditepuk. Aidan hanya mengikut.
"Cari keselesaan. " Tambah lelaki itu. Aidan mengangguk kecil.
"Kau nak lepaskan tembakan pun tangan tu kena stabil baru tekan picu tu. Pernafasan pun kena betul. Kau kena tenang. Pandang tepat target kau tu. " Ujar Adam. Dibiarkan Aidan mencari masa yang sesuai. Kerusi dihampiri sebelum dipandang bongkah kayu berupa manusia sejauh lima puluh meter di depan sana.
"Not bad. " Pujinya bila tembakan dilepaskan. Peluru yang terkena pada bahagian kiri bongkah kayu hampir mengena pada dada dipandang. Kepalanya mengangguk. Taklah teruk sangat. Masih mengena pada bongkah kayu itu.
"Kau kena sentiasa berlatih baru jadi handal. " Aidan tersenyum kecil. Senang hati mendengar komen dari lelaki itu. Tak adalah teruk sangat biarpun itu kali pertama dia mencubanya.
"So... okay? " Sampuk Yazzid Qaeril. Kerusi kosong di sebelah Aidan diisi. Adam di depannya di pandang.
"Okey, cuma dia perlukan latihan lagi. Dia kena belajar asas-asas dulu. " Ujar Adam. Yazzid Qaeril mengangguk kecil.
Harith dan Zafrel yang sedang berlumba menembak botol diperhati. Dua lelaki itu sibuk mahu berebut menembak botol dan siapa yang berjaya mengumpul botol terbanyak dialah pemenangnya manakala yang kalah kenalah membelanja mereka semua. Tergeleng kepala Adam memandang mereka. Dalam dia memerhati Aidan. Senyum kecil dilorek tanpa siapa sedari.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•TEGANG wajah itu tanda tidak setuju dengan keputusan ibunya. Puan Sri Lailatul dipandang. Nafas dihembur kasar kerana rasa bengang.
"Along tetap dengan keputusan along! Along tak nak dia ada dekat syarikat ni! "
"Apa masalahnya? Along ni dari dulu tak pernah nak berubah. " Balas Puan Sri Lailatul.
"Mama tanya apa masalah along? Mama tu yang ada masalah. "
"Mama tahu. Mesti kamu masih berdendam dengan Nazrel kan? "
"Hah memang! Memang along berdendam dengan dia! Sebab dialah along jadi macam ni! " Puan Sri Lailatul tersentak mendengar suara memetir anaknya.
"Kalau mama nak sangat dia kerja dekat sini! Fine! Tapi along letak jawatan. Mulai sekarang! " Ujar Yazzid Qaeril tegas sebelum barang peribadi miliknya dicapai dan bergegas keluar dari biliknya itu. Pintu dihempas kuat seiring rasa sakit dihati.
Panggilan dari Puan Sri Lailatul tidak dihiraukan. Pedulilah apa jadi sekalipun dia takkan ambil tahu lagi tentang syarikat itu.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...