✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•Aidan mengeluh kecil bila terasa rambutnya di usap lembut. Lantas dia mengiring. Kepala yang berat buatkan dia malas mahu bangkit.
"Abang.. " Keningnya berkerut. Perlahan dia celikkan mata bila namanya di seru buat kali kedua.
"Doktor cantik? " Soalnya tidak percaya.
Yuzma tergelak kecil. Dah lama tak dengar panggilan tersebut. Rindu pula rasanya.
"Doktor cantik? " Soal Aidan lagi mahukan kepastian.
"Iya. Kenapa ni abang? " Soal Yuzma lembut. Tangan masih setia mengusap rambut kusut Aidan.
Aidan bingkas bangun walaupun tubuh masih lemah dirasanya. Tubuh isterinya di tarik masuk ke dalam pelukan.
"Along kata sayang dah tak nak jumpa abang. Papa pun macam tu juga, dah tak nak jumpa abang. " Gumam Aidan di bahu Yuzma. Yuzma terdiam sejenak sebelum dia tergelak kecil. Kesian suaminya dah kena tipu. Along ni pun satu, nak bergurau pun tak kena masa.
"Abang bangun, mandi. Lepas tu kita keluar, sarapan. Yuz ada buatkan abang sarapan sebelum ke sini. " Aidan menggeleng kecil sebelum dia meleraikan pelukan namun tangan masih melilit pinggang ramping Yuzma.
"Abang tak ada selera. Nak bergerak pun rasa tak ada tenaga. " Adunya. Yuzma menarik senyum kecil.
"Tak apa. Yuz bantu abang. Jom. " Selimut di lerai dari tubuh suaminya sebelum lelaki itu dia bantu bangkit.
Usai membantu lelaki itu membersihkan diri, mereka berlalu keluar. Inspektor Hairul akan datang sebentar lagi kerana mahu membincangkan kes Aidan ini. Jadi mereka di minta untuk menunggu di ruang tamu.
Kantuk yang menjelma tadi subuhnya hilang begitu saja bila tiba di rumah di sambut oleh Tan Sri Yusoff dengan video mengaibkan suaminya. Setelah di jelaskan oleh Yazzid Qaeril, barulah dia faham.
Entah apa salah suaminya hingga orang sanggup memasang dendam pada lelaki itu.
"Aidan, okey dah? " Tan Sri Yusoff pantas saja menegur menantunya bila pasangan suami isteri itu muncul.
"Pa, " Aidan menunduk takut. Pada fikirannya, ayah mertuanya itu sekadar baik di hadapan orang lain.
"Duduk Aidan. Makan. Isi perut kamu tu. " Arah Tan Sri Yusoff. Tangannya laju saja mengisi nasi pada pinggan beserta lauk sekali sebelum di hulur pada menantunya.
"Along ni memang nak kena agaknya ya? " Yazzid Qaeril yang pada ketika itu sedang bersembang dengan yang lain menoleh pada adiknya. Keningnya berkerut tanda tak faham.
"Apanya? " Soalnya tak faham.
Yuzma merengus geram. Buat-buat tak faham pula abangnya ni.
"Yang gi tau Aidan, papa dengan Yuz tak nak jumpa dia tu dah kenapa? "
"Eh? " Tan Sri Yusoff pelik. Di pandang anak sulungnya buat seketika.
"Along gurau je. " Pendek Yazzid Qaeril membalas. Bahu di jongket sekali.
Yuzma membebel dalam diam. Nak saja dia lepuk abangnya itu. Sengaja nak cari masalah betul.
"Kau percaya ke Dan? " Soal Yazzid Qaeril pada adik iparnya. Aidan cuma mengetap bibir. Nak buat apa pun dia tak larat. Baik diam sajalah biarpun sedar yang dia dah di tipu hidup-hidup. Buat penat saja takut tanpa sebab. Aihhh...
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...