BAB 43

1.8K 72 2
                                    






✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧












       Kawasan mereka akan memasak sebentar lagi dibersihkan dari ranting dan daun agar perkara tidak diingini berlaku.

"Air jangan bazirkan. Mana yang tak ada wuduk tu nanti boleh pakai air yang tinggal. " Pesan Din awal-awal.

Selesai memasak mereka bersama-sama duduk membentuk bulatan sebelum makanan yang dibawa dan dimasak mereka jamah bersama sementara menunggu waktu zohor masuk.

Usai solat dan membersihkan tempat yang mereka guna sebentar tadi, mereka memulakan perjalanan untuk turun dari bukit itu.

Din ada kata tadi agak mudah untuk turun dari bukit berbanding mendaki. Jadi pada firasat lelaki itu mungkin mereka akan sampai dibawah lebih kurang dua jam atau kurang.

"Eh jap. " Din didepan sekali yang menjadi penunjuk arah berhenti bila dia merasakan sesuatu yang pelik.

"Kita daki tadi tak adakan lorong bercabang? " Soalnya. Mereka dibelakang mengangguk menjawab soalan lelaki itu.

"Astaghfirullahalazim. " Din menggumam namun jelas didengari mereka.

"Kenapa Din? " Soal soal Fawwaz.

Din menoleh pada mereka semua. Lama dia memerhati.

"Kita sesat. " Gumamnya. Selama dia mendaki bukit dan gunung yang ada di Malaysia ni, inilah kali pertama dia tersesat sedangkan bukit itu bukanlah besar dan tinggi seperti bukit-bukit yang dia daki sebelum ni. Cuma curam saja.

"Habis tu kita nak buat apa? " Soal salah seorang daripada dua lelaki itu yang bernama Hazirul.

"Jap tenang. Jangan panik. " Din bersuara tidak mahu mereka panik. Telefon pintar dikeluarkan dari poket seluar. Tetapi dia menyimpan semula telefon itu bila menyedari telefon tersebut tidak menerima signal dari mana-mana pencawang telekomunikasi terdekat.

"Takde line? " Tebak Iqbal. Din mengangguk kecil.

"Ada air minum lagi tak? " Soalnya selepas berfikir beberapa minit.

Beg masing-masing diperiksa.

"Ada. "

"Okey macam ni. Kita ikut lorong kanan ni bertemankan kata hati. " Bibir menarik senyum kelat. Namun dalam hati berdoa semoga tidak ada apa-apa kejadian buruk berlaku pada mereka.

"Kalau kita tunggu bantuan sampai memang masaklah kita duduk dekat sini. Lagipun sekarang ni baru pukul dua petang. Lama tu nak menunggu bantuan dan menunggu pihak hotel untuk perasan kita tak balik lagi. Jadi jalan terbaiknya kita terpaksa cari jalan sendiri. Lagipun saya tengok pada peta bukit ni dekat bawah tadi, ada tiga lorong untuk turun ke bawah dan mungkin kita dah salah masuk lorong masa dekat atas tadi. " Mereka cuma mendiamkan diri sambil memasang telinga.

"Mungkin kita dah termasuk lorong lain yang ada cabang tapi jangan risau. Apa yang saya nampak tadi ketiga-tiga lorong ni akan berakhir tidak jauh dari tempat kita mulakan pendakian tadi. Dekat sini cuma dua pendapat saya tentang dua lorong depan kita ni, " Dua lorong didepan mereka dikerling.

"Satu, lorong yang lebih kurang sama jarak dengan lorong yang kita gunakan masa mendaki tadi. Dan kedua, lorong yang agak jauh dan mengelilingi bukit ni. " Jelas Din lagi.

"Lorong kedua kau cakap tu sampai dekat kita daki mula-mula ke? " Soal Iqbal. Cuak pula bila dengar mengelilingi bukit tersebut. Kecil ke besar ke bukit tu tetap rasa letih. Apa lagi nak mengelilingi.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now