✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•
Tan Sri Yusoff rasa pelik bila beberapa minggu berpuasa, kelibat anak perempuan dan menantunya jarang sekali berbuka di rumahnya. Bila di tanya jawapan suami isteri itu hanya sekadar berbuka di rumah. Banyak kali di pesan jika berbuka, berbuka saja di tempatnya tapi hanya sekali Aidan dan Yuzma berbuka di rumah dalam seminggu. Jadi timbul rasa sangsi.
Dia yang ketika itu sedang duduk di halaman rumah lantas mencapai telefon yang di letakkan di atas meja. Nombor telefon seseorang di dail.
"Macam mana? Sihat ke? " Soalnya.
"Hah? " Soalnya terkejut bila mendengar jawapan orang yang sedang berada di dalam talian itu. Bingkas dia bangkit. Tidak tenang pula hatinya mendengar khabar itu.
"Aku nak kau cari dekat mana dia duduk sekarang. Secepat yang mungkin. " Lantas panggilan di matikan. Muka di raup. Ke mana pula dia pergi. Pelik.
Teringatkan kembali anak menantunya yang masih tak kunjung tiba beberapa hari ni buatkan dia menelefon anak bongsunya itu. Setelah menunggu beberapa saat untuk panggilan itu bersambung, akhirnya suara anaknya jelas kedengaran di corong telefon.
"Bila nak balik? " Soalan terus di lontar usai salam di jawab. Kedengaran Yuzma ketawa kecil di dalam talian.
"Ketawa pula. " Tegurnya.
"Insyaallah petang ni Yuz dengan Aidan balik. Ni Aidan pun tengah tunggu Yuz habis waktu kerja. Papa tak perlu nak suruh Kak Ikah masak. Yuz beli sekali juadah berbuka nanti. " Jelas Yuzma di dalam talian.
"Kak Ikah kamu tak ada. Dia balik awal, anaknya demam panas. " Balas Tan Sri Yusoff berkenaan orang gaji baru mereka itu. Orang gaji lama mereka sudah berhenti kerja itu yang dia cari orang gaji baru. Itu pun tugasnya hanya memasak dan mengemas rumah. Selebihnya dia dan anak sulungnya buat sendiri.
"Laaa yakah? Tak apalah. Nanti Yuz beli lauk. Papa suruh Along masak nasi pa. Takut papa tak boleh nak makan nasi beli luar ni. Nanti tak kena selera papa. "
"Yalah. Hati-hati memandu tu. " Usai itu, dia terus bangkit menuju dapur. Biarlah dia yang masak sendiri nasi. Dia tak nak ganggu anak sulungnya itu berehat. Hari ni dua-dua mereka duduk di rumah. Anak sulungnya itu cuti. Nak rehatkan minda. Sesak katanya memikir hal syarikat. Dia iyakan saja. Dia pula malas nak keluar. Letih. Lagipun puasa macam ni lebih baik duduk di rumah ambil peluang beribadah.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•
YUZMA bergegas menuju parkir di mana Aidan sedang menunggu. Di lihat lelaki itu sedang berdiri di tepi kereta sambil tersenyum merenungnya dari jauh. Dia tersengih membalas pandangan lelaki itu."Assalamualaikum. " Sapanya.
"Waalaikumussalam. " Jawab Aidan seraya pintu kereta di buka untuk membolehkan Yuzma membolos masuk.
"Abang singgah dekat bazaar ya. Nak beli lauk. "
"Okey. Sayang, " Seru Aidan ketika memandu kereta keluar dari kawasan perkarangan hospital.
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...