BAB 8

3.8K 100 4
                                    

    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧









     "BERDASARKAN apa yang baru kita lihat tadi, Encik Aidan mengalami trauma akibat kejadian yang menimpahnya. Setiap kali teringat akan kejadian itu, dia automatik akan berubah kelakuan. Seolah-olah pelaku itu ada disekelilingnya hinggakan dia tak tenang, sentiasa memerhati sekeliling dan pada saya, emosi Encik Aidan sangat penting untuk dijaga. Pesakit seperti ini takkan sedar bila trauma, kelakuan mereka berubah dan ini amat bahaya. Bahaya pada diri sendiri dan orang lain. Ada pesakit dia sanggup cederakan diri dan ada pesakit akan cederakan orang lain." Ujar doktor Salim.

"Kejadian tu tak boleh disoal, diceritakan padanya buat masa sekarang kerana emosinya masih terganggu. Buat masa sekarang ni, kita bagi dia tenang dahulu. " Putusnya. Inspektor Hairul akur. Terpaksalah mereka mencari jalan lain untuk menjejaki dua lelaki itu. Mana mungkin dia menyoal Aidan selepas dia sendiri menyaksikan kejadian di mana Aidan meronta-ronta dan berteriak mahu si pelaku itu pergi.

Selepas dikhabarkan yang mangsa tersebut sudah sedarkan diri, dia dan rakannya bergegas ke hospital untuk menyoal mangsa namun lain pula yang jadi.

Yuzma bergegas keluar usai doktor senior itu selesai menerangkan pada mereka. Laju dia menuju wad Aidan. Takut lelaki itu tercari-cari dirinya. Sebentar tadi, Aidan terpaksa disuntik ubat penenang bila dia meronta-ronta dan menangis lepas saja doktor Farhan menyoal tentang kes tersebut.

Nyata kejadian itu meninggalkan kesan yang mendalam pada Aidan sampaikan mengalami trauma. Inipun dia tak boleh berpisah bila tadi sedikit pun Aidan tak nak lepaskan dia. Erat lelaki itu memeluknya. Bila disuntik ubat penenang, barulah dia dapat melepaskan diri. Dan dia tahu, pasti kecoh sekejap lagi hospital ni. Dia pasti akan ada yang membawa mulut tentang dia dan Aidan. Tentang dia yang memeluk Aidan tika mahu menenangkan lelaki itu. Dia tahu gosip tak pernah hilang dari hospital ini.

"Betul ke? Kau jangan buat cerita? " Rakan setugas lain turut tidak percaya dengan cerita yang dibawanya.

"Betul. Aku nampak depan mata yang doktor Yuzma peluk lepas tu cium Encik Aidan. Kalau tak sengaja tak peliklah tapi tu siap cakap sayang ada. Tu apa tu. Bersayang bagai. " Ujarnya cuba meyakinkan rakan sekerjanya. Yuzma yang lalu dilorong itu hanya menggeleng kecil. Sibuk betul dengan hal orang.

"Eh doktor tu kan yang peluk pesakit tu? "

"Hah. Dia la tu. Eh, perangai tak semenggah langsung. Nama saja pakai tudung tapi... teruk perangai. " Terdengar lagi beberapa orang sedang bersembang kencang tentangnya. Mahu saja dia meletup disitu namun disabarkan hatinya. Kakinya tetap melangkah menuju wad Aidan.

"Dik. Famous sangat kau ni. " Ujar Yazzid Qaeril bila kelibat adiknya muncul. Masuk saja ke lobi hospital, telinga rasa mahu pekak bila kakitangan hospital yang rata-ratanya kaki gosip hangat menceritakan perihal seorang doktor yang bertugas dihospital ini yang berkelakuan tidak sopan sebagai seorang doktor bila sengaja memeluk pesakit dan mencium pesakit bagi menenangkan pesakit tersebut.

Sepanjang dia menuju wad adik iparnya, gosip itu yang dia dengar sampai naik muak dia dibuatnya. Bila difikir balik siapa gerangan doktor cantik yang hangat diperkatakan, rupanya tu adiknya. Baru dia tahu yang gelaran doktor cantik tu dah melekat pada Yuzma dah berbulan lamanya. Itupun kerana Aidan yang beri gelaran. Macam-macamlah Aidan ni.

"Along... thanks. Yuz ada meeting tergempar kejap lagi dengan pengarah hospital. Along tolong kejap ya. "

"No hal. " Balas Yazzid Qaeril. Dia tak risau sangat kerana Aidan dah disuntik ubat penenang dan sedang lena sekarang. Mungkin lagi beberapa jam nak bangun. Yuzma kembali bergegas keluar selepas mencium dahi Aidan. Entah kenapa tapi dia suka bila melakukannya. Tersenyum Yazzid Qaeril memandang adegan itu.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now