BAB 7

3.9K 114 3
                                    




✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧







  
  AIDAN tersentak bila leher bajunya ditarik kasar. Orang yang tidak dikenalinya menariknya ke belakang bangunan. Sampai disebuah kereta, dia ditolak jatuh ditepi kereta. Tidak lama kemudian, keluar seseorang dari kereta.

"Hai u... " Sapa Ahmad Nazrel sambil tersenyum sinis. Jaket dibadan dielokkan sebelum menghampiri Aidan yang nampak pelik.

"Kau nak apa? " Soal Aidan kasar sebelum berdiri namun lelaki yang menariknya sebentar tadi menendang belakang lututnya buatkan dia melutut didepan Nazrel.

"U ni memang tak pernah nak cakap elok dengan i ke? I tengok elok je u sembang dengan sepupu i semua tu. " Rungut Nazrel.

"Orang gila macam kau tak layak nak aku cakap elok-elok. " Balas Aidan. Nazrel mengetap giginya kuat. Dipandang orang bawahannya. Lelaki itu pantas mengangguk.

Dengan sekali rembat, Aidan terbaring dijalan tar itu. Nazrel tersengih sebelum mencangkung ditepi Aidan. Rambut Aidan digenggam kasar sebelum ditarik kepala lelaki itu menghampirinya. Dia berbisik kasar ditepi Aidan.

"Kalau aku nak sesuatu, aku akan usaha sampai aku dapat. " Beberapa keping gambar ditarik keluar dari jaketnya sebelum ditunjukkan pada Aidan.

"Dan kalau kau tak ikut apa yang aku cakap, ni... " Gambar tersebut di lempar ke muka Aidan.

"Aku akan tunjukkan pada mama. Kau tahukan mama tak suka kau. So, fikirlah apa mama akan buat nanti bila dia nampak gambar ni. Kalau kau tak nak mama tahu, kau ikut apa yang aku nak. " Ugutnya. Aidan merengus melihat gambar edit tersebut. Dia sentuh perempuan bukan mahram pun tk pernah inikan pula nak buat hubungan terlarang.

"Aku tak takutlah kalau setakat gambar ni. Benda aku tak lakukan, buat apa aku nak mengaku. " Lawan Aidan. Nazrel tersenyum sinis.

"Dengar kata Yuzma tak suka kau? Kau agak apa akan jadi bila aku tunjukkan gambar ni pada dia? " Berubah wajah Aidan. Riak tegang jelas kelihatan. Bingkas dia bangun. Tidak peduli rasa sakit di dadanya akibat ditendang tadi. Amarahnya muncul bila isterinya di kaitkan.

Nazrel diterkam seraya melepaskan beberapa tumbukkan sebelum orang bawahan lelaki itu menariknya dan menahannya. Nazrel sempat diludah sebelum lelaki yang menahannya mengilas tubuhnya seraya dihempas ke bawah. Berkerut keningnya menahan sakit. Batuk juga terbit beberapa kali.

"Kau memang nak tunjuk kuatkan? Kau tunggu! " Ujar Nazrel sebelum berlalu ke belakang kereta. Kayu besbol dicapai sebelum menuju ke Aidan semula.

"Aku pantang orang macam kau. Aku cakap elok-elok tapi kau kurang ajar dengan aku. Ni makannya! " Kayu tersebut dilayangkan ke arah Aidan. Suami adik sepupunya itu dibelasah hingga hatinya puas. Matanya tajam merenung Aidan. Dia berdecit. Pisau kerambit dipoket seluar ditarik sebelum menghampiri Aidan dan pisau tersebut ditusuk ke perut Aidan.

"Bos! Dah bos! Mati anak orang ni. " Orang bawahannya laju menahan tubuhnya dari terus membelasah Aidan yang sudah tidak bergerak. Pantas mereka berdua meninggalkan tempat itu namun kamera litar tertutup sempat merakam perbuatan mereka itu tanpa mereka sedari.
   
   
   
   
    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧









Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now