✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•Matanya bergerak mengekori Yuzma yang hilang ke dalam bilik pakaian. Seketika kemudian, Yuzma muncul membawa sehelai baju.
"Eh, lupa pula. " Aidan diam memerhati tanpa ada niat mahu menyampuk atau mengganggu isterinya itu yang kelihatan kalut. Entah apa yang di kejarnya.
"Sayang ada nak pergi ke mana-mana ke? Kalut semacam. " Soalnya bila Yuzma muncul dan mengambil tempat di sisinya.
"Tak ada. " Balas Yuzma sebelum mengubati luka melecet di siku Aidan.
"Teman abang pergi ke satu tempat nak? "
"Ke mana? " Soal Yuzma pendek. Anduh di pakaikan setelah dia membantu Aidan memakai baju.
"Adalah. Rahsia. Tapi kita berbuka di sana. " Jawab Aidan. Eloklah ni gerak.
"Okeylah. Nanti Yuz minta izin dengan papa. "
"Eh tak apa. Biar abang yang cakap sendiri. Sayang bersiaplah. Abang tunggu dekat luar. Tapi yayang.. perlu ke abang pakai kerusi roda? " Soalnya separuh merungut. Tak boleh gerak sana ni. Tak puas hati betul. Alaaaa....
"Perlu. Abang kena pakai kerusi roda sampai kaki abang tu sembuh betul-betul. " Yuzma tersenyum kecil bila melihat Aidan menolak kerusi roda penuh dengan rasa malas. Eleh, minta simpatilah tu. Macam dia tak tahu Aidan tu. Heh....
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•"RUMAH siapa ni abang? " Soal Yuzma pelik. Rumah banglo di depannya dia pandang dengan rasa kagum. Lawa persekitarannya. Seolah-olah di jaga dengan sangat rapi.
"Jom masuk. " Aidan yang entah bila sudah duduk di atas kerusi roda bersuara.
"Tapi rumah siapa ni? " Soal Yuzma lagi. Tak puas hati selagi tak dapat jawapan.
"Masuk sajalah. Jom-jom! " Teruja Aidan. Yuzma akur lalu menolak kerusi roda masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum! " Salam di beri Aidan. Tidak lama kemudian, salamnya di jawab sebelum empunya diri memunculkan diri.
Yuzma terkejut. Macam mana pula pakcik dan makcik boleh ada di sini. Siapa yang jaga mama.
"Eh Aidan. Ya Allah apa kena dengan kamu ni? " Puan Arseline muncul dan laju menghampiri mereka berdua. Lan Amirul Haziq mengekor dari belakang dengan riak tenang kerana dia awal-awal dah tahu apa yang berlaku pada Aidan kerana baru beberapa jam yang lepas mereka berbalas mesej.
"Tak ada apalah makcik. " Balas Aidan kecil.
"Mama mana? " Soalnya.
"Mama? " Yuzma menyampuk. Riak tertanya-tanya jelas kelihatan. Mereka bertiga tersenyum kecil.
"Jom. Mama tengah rehat. Baca buku. Maklumlah dah masuk puasa ke tujuh hari dah. Tak ada kerja nak buat. Lagi pun hari ni kelas mengaji mama tak ada, jadinya mama kamu duduk di rumah sajalah. "
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...