BAB 10

3.6K 108 7
                                    




✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧










     MAHU meletup kepala Yuzma bila melihat Aidan tak reti duduk diam. Baru sebentar tadi lelaki itu siap mengemas ruang tamu rumah mereka yang hampir sebulan ditinggalkan. Dan sekarang lelaki itu tengah mengemop lantai dapur pula.

"Abang, dahlah tu. Nanti-nantilah buat semua tu. " Tegurnya. Risau melihat lelaki itu tak reti diam.

"Kejap lagi. Sikit lagi dah nak siap dah. Dah alang-alang dah ni. " Ujar lelaki itu tanpa menoleh. Sibuk nak mop lantai.

"Degilnya. " Gumam Yuzma namun sempat ditangkap Aidan. Hanya gelak yang dibalasnya sebelum kembali melunaskan kerjanya yang tinggal sedikit lagi.

"Sayang rehatlah dulu. Kejap lagi abang nak masak. " Ujar lelaki itu. Baldi dan mop dibawa ke bilik mandi. Dibersihkan sebelum dia bawa ke bilik stor.

"Eh? Buat apa lagi dekat sini? " Soal lelaki itu bila menyedari Yuzma masih tercegat di meja makan.

"Nak belajar masaklah. Abang boleh tunjuk? " Tersenyum lelaki itu seraya mengangguk. Peti sejuk di hampiri.

"Sayang nak belajar masak apa? " Soalnya menoleh pada Yuzma. Isterinya itu digamit.

"Abang suka makan apa? " Soal Yuzma.

"Hm.... tak ingatlah. " Balas Aidan.

"Oh... alamak, lupa. Abangkan lupa ingatan. Ish otak ni. " Rungut Yuzma seraya mengetuk kepalanya namun sempat di tahan Aidan. Tangan itu di genggam lalu di bawa ke dadanya.

"Eh apa buat macam tu. Tak eloklah. " Tegur lelaki itu seraya mengusap bekas ketukan Yuzma. Yuzma dalam diam tersengih. Suka dan berdebar. Suka mendengar teguran lembut dari suaminya dan berdebar melihat sikap lelaki itu yang romantik dalam diam.

"Tak apa. Sayang suka makan apa? " Soal Aidan.

"Yuz? " Lelaki itu mengangguk.

"Yuz suka makan nasi lemak pedas. Lepas tu ada sambal belacan. Sedap cecah timun tu dengan sambal belacan. " Terliur Yuzma dibuatnya. Dah lama tak makan nasi lemak versi kegemarannya itu.

"Okey. Sekarang ni makanan kegemaran abang ialah nasi lemak pedas. " Yuzma tergelak. Aidan juga tersengih.

"Jadi sekarang ni kita nak masak ialah nasi lemak pedas. Ouh! Jangan lupa sambal belacan tu. " Ujar Aidan ceria. Bahan di keluarkan dari peti sejuk.

"Abang, santan tak adalah. " Ujar Yuzma. Kabinet sudah puas dia selongkar setelah lelaki itu meminta tolong mencarikan santan kotak.

"Habis? " Yuzma mengangguk namun kemudian dia bersuara.

"Tapikan abang, Yuz suka nasi lemak tu tak letak santan. " Kongsinya tentang makanan kegemarannya itu. Nasi lemak tanpa santan kelapa.

"Macam tu pun ada? " Dia mengangguk yakin.

"Patut letak nama nasi sambal pedas aje. " Lawak Aidan. Yuzma balas dengan cubitan kecil di pinggang lelaki itu. Aidan tersengih kerana dapat menyakat Yuzma.

"Okey. Kita masak tak letak santan. Lagipun nak beli sekarang ni dah lewat dah. Nanti sayang lapar. " Yuzma mengangguk saja. Suka sangat dahulukan orang lain perangai suaminya ni. Kenapalah dari awal lagi dia tak terima Aidan. Mesti awal-awal lagi mereka dah bahagia.

Hampir tiga puluh minit Aidan mengajar isterinya itu memasak. Akhirnya hidangan itu mereka letak bersama di atas meja. Tidak sabar Yuzma mahu mengetahui rasa masakannya itu. Sabar dia menanti Aidan merasa masakannya itu.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now