BAB 53

1.7K 54 3
                                    


✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧







Meja kerja yang berselerak dia kemas rapi. Makin pening kepalanya melihat peralatan yang ada di atas meja tu tidak tersusun. Selesai dengan kerjanya itu, Aidan berlalu ke pantri untuk membuat air.

Hari ini dia terpaksa pulang lewat kerana mahu menyiapkan kerjanya. Esok Yazzid Qaeril nak jadi mahu atau tidak terpaksalah dia siapkan. Mujur juga abang iparnya itu balik lewat hari ini jadi adalah peneman dia di ofis.

"Dan, dah siap belum? " Yazzid Qaeril bersuara saat melihatnya keluar dari pantri.

"Belum. Sikit lagi. "

"Kau siapkan sebelum pukul sepuluh malam boleh? Kalau tak siap, bawa balik ke rumah. Sambung siapkan kat rumah. " Aidan diam. Berkira-kira mahu menyiapkan tugasannya di rumah atau di ofis.

"Saya cuba siapkan. " Putusnya. Yazzid Qaeril mengangguk faham sebelum melangkah ke pantri.

Masuk hari ni, dah empat hari dia menumpang abang iparnya ke tempat kerja. Polis pula belum memberikan apa-apa berita tentang kes sabotaj keretanya. Mahu juga dia menunggang motor ke tempat kerja tapi Tan Sri Yusoff awal-awal dah menegah.

Ketika sedang ralit menyiapkan kerja yang sedikit lagi mahu siap, telinganya menangkap sesuatu bunyi yang aneh tidak jauh dari lif. Perasaan tidak enak mulai hadir apalagi bila ruang di tingkat itu sunyi sepi. Yazzid Qaeril pula berada di dalam bilik.

Dalam diam dia melihat ke arah lif. Namun beberapa detik menunggu, pintu lif tersebut tetap tertutup. Padahal tadi dia dengar seperti lif itu digunakan seseorang.

Tidak mahu berfikir yang bukan-bukan, dia terus laju menyiapkan kerjanya. Sempat dikerling jam yang tertera di skrin komputer riba yang menunjukkan jam hampir masuk ke sepuluh malam. Selesai kerjanya, meja di kemas sebelum melangkah menuju bilik Yazzid Qaeril. Pintu diketuk sebelum kedengaran suara abang iparnya itu membenarkan dia masuk ke dalam.

"Siap dah? " Soal Yazzid Qaeril.

"Dah. "

"Okey, jom balik. " Langkah Yazzid Qaeril diekori.

"Fail tadi mana? " Soal lelaki itu.

Fail di atas mejanya dia capai dan hulurkan pada lelaki itu.

"Eh, asal lif ni? " Yazzid Qaeril bersuara saat pintu lif tidak terbuka.

"Rosak. " Keluhan terlepas saat sedar mereka harus turun menggunakan tangga kecemasan.

"Jom lalu tangga kecemasan. Tinggalkan barang yang tak perlu nak bawa balik. " Arah Yazzid Qaeril tika sedar beg berisi komputer riba bergantung dibahu Aidan. Sudahlah mereka berada di tingkat tiga puluh. Nak turun ke bawah bukan senang.

Aidan akur sebelum berlalu ke mejanya. Beg berisi komputer riba dia letak ke bawah meja sebelum mengekori langkah Yazzid Qaeril.

Sampai di tingkat dua puluh, Aidan dah mulai tercungap-cungap. Keadaan itu disedari Yazzid Qaeril saat dia mahu meneruskan langkah ke anak tangga seterusnya.

"Rehatlah kejap. " Putusnya. Aidan mengangguk faham. Punggung dilabuhkan sebelum dia menyandar pada dinding. Peluh yang terbit dikesat kasar.

"Tunggu sini. Aku nak periksa lif tingkat ni boleh guna ke tak. " Yazzid Qaeril bersuara sebelum hilang di balik pintu. Tidak lama kemudian dia muncul kembali sebelum terduduk dianak tangga berhadapan dengan Aidan. Nafas dihembus kasar.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now