BAB 49

1.7K 64 9
                                    








✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧












         Penerangan dari lelaki itu di hadamnya betul-betul. Risau jika bila nanti dia menggalas tanggungjawab itu, hilang segala apa yang sebelum ini dia telah pelajari. Sesekali dicatit apa yang penting di buku notanya.

"Kau faham ke? " Soal lelaki itu.

Aidan mengangguk buat kesekian kalinya sebelum Yazzid Qaeril meneruskan lagi sesi pembelajaran mereka berdua. Hari ini sudah masuk seminggu lebih dia menjadi mentor adik iparnya mempelajari bagaimana cara menguruskan sesuatu kerja.

Setelah dipaksa beberapa kali, akhirnya Aidan setuju untuk menukar kerjanya dari seorang tukang bersih menjadi seorang budak pejabat yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang ahli dalam kumpulan pereka untuk syarikat itu memandangkan Aidan reti dalam bidang rekaan.

"Untuk hari pertama nanti, aku akan beri kau tugas untuk reka konsep hiasan dalaman. Aku nak ubah suai konsep bilik mesyuarat utama kita tu. Jadi itu projek utama kau dan nanti akan diselia oleh aku sendiri. Boleh? " Soal Yazzid Qaeril.

"Bilik mesyuarat? Bilik utama? " Soal Aidan. Hampir gagap dia dibuatnya bila diingat semula besar bilik mesyuarat itu. Bilik itu boleh memuatkan tiga puluh orang dalam satu-satu masa.

"Kenapa? "

Aidan tersengih kecil. Keningnya di garu biarpun tidak terasa gatal.

"Kau tak payah risau. Nanti aku tolong ajarkan. " Yazzid Qaeril bersuara lagi. Lihat pada riak wajah Aidan, dia dah tahu dah apa yang di fikirkan lelaki itu.

"Baiklah. " Akurnya.

"Buat masa sekarang ni kau cuba cari idea dan lakar. Nanti aku pilih yang mana sesuai. Tema pula senang saja. Aku nak tema moden futuristik. Tema ni agak senang berbanding tema lain. Lagipun kalau letak tema yang sarat. takut sesak pula dalam bilik tu. " Aidan mengangguk lagi. Otaknya sudah memikirkan beberapa idea untuk dia buat nanti.

"Ringkas dan tenang. " Tambah Yazzid Qaeril.

"Baik. Nanti bila dah siap lakar, nanti saya tunjukkan. "

Yazzid Qaeril mengangguk. Tubuh disandarkan pada kerusinya.

"Tak payah kalut. Kau pun masuk kerja lepas majlis tahunan nanti. Ada masa lagi. " Ujarnya pada adik iparnya itu.

Lagi beberapa hari, majlis yang setiap tahun dibuat akan di langsungkan untuk meraikan pekerja-pekerja yang telah menyumbang tenaga dan idea untuk syarikat itu. Majlis yang sangat di tunggu-tunggu oleh setiap pekerja.

Aidan mengangguk kecil. Selesai berbincang, dia meminta diri untuk menyambung semula pekerjaannya yang tertangguh.

"Eh, kau dari mana? " Soal Fawwaz saat dia terserempak dengan Aidan di lobi utama. Sedari tadi dia cari lelaki itu. Baru di jam ini kelihatan.

"Aku dari atas. Jumpa big boss. "

"Ohh. Habis tu macam mana? " Soal Fawwaz lagi. Dia dah sedia maklum yang tak lama lagi Aidan akan bertukar kerja dan department. Bila di fikirkan, elok juga memandangkan pekerjaan Aidan sekarang ni tak berapa elok untuk lelaki itu dari segi kesihatan. Aidan penghidap asma, memang tak elok untuk kerja-kerja pembersihan. Sebelum ni memang Aidan banyak kali diserang asma namun lelaki itu degil tetap mahu kerja jadi tukang cuci.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now