BAB 42

1.8K 60 1
                                    





✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧











Fawwaz dan Nazrel merenung susu kotak didepan mereka. Namun seorang pun tidak mahu menyentuh susu tersebut. Mata mereka tajam merenung satu sama lain. Tidak lama kemudian, mereka berebut-rebut mahu membuka kotak susu itu. Aidan didepan mereka ketawa kecil sebelum dia tersedak. Mee goreng segera didalam mulut terasa seperti batu yang tersekat di kerongkong. Laju dia mencapai kotak susu tersebut sebelum diteguk susu itu dengan laju.

"Ya Allah.... " Fawwaz rebah disisi Aidan. Lidah terjelir keluar tidak dapat menahan rasa pedasnya mee goreng yang di makan mereka.

"Pedas! " Nazrel yang kononnya raja imun segala pedas turut tewas. Berkali-kali susu diteguk mahu rasa pedas yang melekat di lidahnya hilang.

"Tak nak dah buat kerja gila. " Gumam Aidan. Fawwaz dan Nazrel mengangguk setuju. Cukuplah kali ini saja kerja gila yang mereka lakukan.

Aidan bangkit mencapai dompetnya sebelum berlalu keluar. Fawwaz dan Nazrel pelik melihat kelakuannya sebelum mereka kembali baring.

Selepas beberapa minit kemudiannya, kelibat Aidan muncul dan diekori Yazzid Qaeril. Aidan tersengih kecil bila melihat muka gelabah Fawwaz.

"Tuan. " Fawwaz kalut seorang diri manakala Nazrel dan Aidan cuma tenang melihat Yazzid Qaeril duduk bersila depan mereka.

"Buat apa? " Soal Yazzid Qaeril. Masa nak keluar mengambil angin sebentar tadi, dia melihat kelibat Aidan tergesa-gesa menuju ke lobi hotel. Lantas disapa adik iparnya itu. Rupanya nak beli susu.

"Tengah buat challenge. " Jawab Aidan. Yazzid Qaeril mengangguk kecil. Mangkuk maggi yang masih berisi itu dicapainya. Sesudah membaca bismillah, sesudu mi disuap ke mulut. Aidan dan Fawwaz serta Nazrel diam merenung Yazzid Qaeril.

"Pedas juga. " Komen lelaki itu namun sesuap demi sesuap masuk ke mulut hingga habis licin mangkuk itu. Mereka bertiga terkesima. Nampaknya mereka bukanlah lelaki yang sejati.

"Tak pedas ke, abang long? " Soal Aidan. Fawwaz disisi membuntang.

'Abang long? ' Bisik hatinya.

"Bolehlah. Tapi asal rasa dia lain macam? Ada campur apa-apa ke? " Kening Yazzid Qaeril berkerut. Lain macam mee goreng yang dimakannya itu.

"Kami campurkan tiga perisa. " Mereka tersengih bila Yazzid Qaeril menggeleng.

"Mana aiskrim kau beli tadi? " Plastik berisi aiskrim dihulur pada abang iparnya.

Lelaki itu diam menghabiskan aiskrim ditangan. Fawwaz pula kekok bila melihat bos besar didepannya.

"Asal tak makan? " Fawwaz tersengih.

"Tuan makanlah. Heeee.... " Sengihnya. Aidan dan Nazrel tergelak. Lucu melihat tingkah Fawwaz yang serba tak kena.

Setelah menghabiskan dua batang aiskrim, Yazzid Qaeril meminta diri. Lupa pula nak membuat panggilan pada kesayangannya yang dah menunggu.

"Kau rapat dengan bos besar ke? " Tembak Fawwaz sejurus Yazzid Qaeril hilang dari pandangan.

Aidan tersengih. Plastik aiskrim dikoyak.

"Ya. " Balasnya sepatah.

"Rapat yang macam mana? " Soal Fawwaz lagi. Tak puas dengan jawapan sepatah Aidan.

"Boleh duduk serumah. Boleh makan semeja. Boleh berehat bersama. Apa lagi eh? " Fawwaz yang mendengar jawapan Aidan sudah ternganga.

"Kau biar betul? " Aidan mengangguk. Bahu Nazrel ditepuk.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now