✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•Hari-hari berlalu seperti biasa dan Aidan setiap hari menerima kata-kata sinis dari Puan Sri Lailatul dan Yuzma. Usai memarkirkan motornya, topi keledar dibuka. Kunci motor dicabut sebelum berlalu masuk.
Tubuhnya terlalu letih hinggakan dia tidak larat mahu mendaki tangga. Dia perlukan rehat. Penat tak hilang lagi. Usai membersihkan diri dan selesai menunaikan solat isyak, sofa yang menjadi tempatnya melelapkan diri dituju. Baju melayu di badan tidak ditukar memandangkan dia perlukan rehat dan tidak berapa lama kemudian, dia terlelap. Makan malam juga tidak disertai.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•Yuzma mengerling pintu utama. Kelibat Aidan tidak kelihatan. Tapi baru tadi dia mendengar bunyi motor Aidan.
"Dik.. Aidan dah sampai dah? " Soal Tan Sri Yusoff. Yuzma menoleh kebelakang.
"Entah. " Balasnya sepatah.
"Apa cakap macam tu? Itukan suami kamu. Papa tak pernah pun nak ajar anak papa cakap macam tu. Pergi naik atas. Entah-entah Aidan dah sampai. " Arah Tan Sri Yusoff tegas. Dengan terpaksanya Yuzma berlalu ke biliknya.
"Kalau Aidan ada, ajak makan. " Sempat Tan Sri Yusoff memberi arahan sebelum menoleh ke kaca tv. Tidak dihiraukan isterinya dan Nazrel yang sedang rancak berbual.
Masuk saja didalam bilik, mata Yuzma melorot jatuh pada sekujur tubuh yang terlelap disofa siap dengan dengkurannya sekali. Akibat dari perang dinginnya pada Aidan, lelaki itu mengambil tindakan untuk tidur disofa. Sudah berapa hari Aidan diam tidak bercakap dengannya. Aidan lebih banyak termenung dibalkoni biliknya ataupun lelaki itu akan melelapkan diri tika berada di rumah.
Dia tidak tahu kemana hala tuju hubungan mereka berdua itu. Dia tidak pernah mahu mengambil peduli. Seperti yang dikatanya malam sehari selepas mereka dinikahkan, dia melakukan halnya sendiri dan begitu juga sebaliknya Aidan. Lelaki itu membuat halnya sendiri.
"Aidan... Aidan bangun. " Kejutnya. Bahu lelaki itu digoyang sedikit. Dipandang lelaki itu yang bergerak sedikit.
"Aidan. "
"Hmm? " Balas Aidan dengan mata terpejam. Tak ralat nak buka mata.
"Bangun, makan. " Ujar Yuzma.
"Tak nak. Tak lapar. " Balas Aidan sebelum mengiring membelakangi isterinya. Tidurnya kembali disambung. Yuzma mendengus kasar. Pantas dia berlalu ke bawah.
"Dia dah makan pa sebelum balik tadi. " Bohongnya. Tan Sri Yusoff mengangguk.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•
JELINGAN tajam diberikan pada Nazrel bila lelaki itu tidak habis menempel padanya. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia melayangkan penumbuk ke muka lelaki itu. Tahu tak dia rimas! Benci melihat kegedikkan Nazrel. Dia lelaki kot, takkan Nazrel tak boleh beza.
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...