✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•Sampai di rumah, Yuzma terus berlalu masuk ke dapur. Hanya tudung yang sempat dibuka. Periuk nasi di capai sebelum diisi dengan beras secawan. Cukuplah untuk mereka berdua. Nasiblah sempat dia beli lauk tadi. Aidan pula masih terbongkang di sofa. Memang begitulah lelaki itu kalau penat. Nasiblah dah solat isyak sebelum balik tadi.
Usai menanak nasi, dia berlalu ke ruang tamu. Aidan yang terlelap dibetulkan posisi tidurnya. Boleh pula tidur dalam keadaan menyandar. Nanti sakit badan, ada pula yang merengek minta urut. Tv dimatikan sebelum dia naik ke bilik untuk membersihkan diri.
Tiga puluh minit kemudian, dia turun ke dapur. Nasi yang sudah masak, di alih ke bekas dan diletakkan di atas meja. Pinggan dan gelas juga tidak lupa di bawa. Usai itu, dia mengejutkan Aidan yang tertidur pulas.
"Makan elok-elok. " Tegurnya bila Aidan hampir terlelap. Tersengih lelaki itu.
"Mengantuk sangat. " Balas Aidan.
"Habiskan dulu nasi tu. Lepas tu baru naik. " Ujar Yuzma. Dia tahu, antara kerjanya sebagai doktor dan Aidan sebagai tukang cuci, kerja Aidan lebih memenatkan.
Selesai makan, meja makan di kemas. Aidan sudah lama berlalu ke bilik. Tidak lama kemudian, dia turut berlalu ke bilik. Pakaian kotor di dalam bakul di bawa ke bilik cuci dan di masukkan ke dalam mesin cuci. Dalam dia menunggu pakaian itu siap di cuci, ruang tamu di kemas. Tak adalah nak semak sangat kerana waktu siang, rumah itu kosong tanpa penghuni jadi barang-barang taklah terganggu sangat. Dia cuma mengemas sikit-sikit. Kemas sofa dan sapu lantai. Walaupun esok hari minggu tapi dia tetap kena kerja.
Aidan lainlah. Cuti macam biasa. Cuma ada hari-harinya mereka kena turun kerja waktu cuti. Tu maknanya mereka kena bersihkan satu bangunan. Luar dalam tapi bahagian luar tu orang yang lebih berpengalamanlah. Bahagian luar tu termasuklah dinding luar. Aidan pula bahagian yang dalam. Mereka dalam satu kumpulan ada tujuh orang dan setiap kumpulan akan membersihkan dua tingkat. Satu tingkat waktu pagi dan lagi satu tingkat waktu petang. Satu bangunan tu mempunyai tiga puluh tingkat. Jadi ada lima belas kumpulan. Setiap hari tingkat tempat mereka bersihkan ialah berlainan untuk membiasakan mereka dengan kawasan tugasan mereka. Nanti tak adalah rasa kekok bila ditugaskan ke tingkat lain.
Bunyi mesin cuci menyentak dirinya. Pantas dia berlalu ke bilik cucian. Pakaian yang dah siap di masukkan ke bakul. Tak sia-sia berhabis duit beribu nak beli mesin basuh tu. Pakaian tak payah jemur. Tinggal nak lipat atau sangkut saja. Tersengih Yuzma seorang diri.
Usai tugasnya, dia berlalu ke bilik. Pakaian yang dicuci tadi di sangkut. Yang lainnya di lipat. Setelah selesai semuanya, dia berlalu ke katil. Sempat di pandang Aidan yang dah mendarat ke bulan. Nyenyak saja lelaki itu. Letih benar barangkali. Selimut ditarik hingga ke bahu sebelum melelapkan matanya. Doa tidur juga tidak lupa dibaca. Nasiblah Aidan selalu ingatkan.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•
"SAYANG tunggu abang ya. Abang nak ikut. " Pagi itu Aidan bangun lebih awal darinya. Tika turun, sarapan sudah siap terhidang. Lepas solat tadi, dia kembali terlelap. Kononnya nak tunggu Aidan mandi, alih-alih dah terlelap. Pantang bila baring dekat atas katil mesti terlelap.
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...