BAB 35

2.4K 72 4
                                    





✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧










Bahu Fawwaz di tepuk lembut. Amboi mamat ni, sejak kahwin selalu saja balik awal. Dia pun yang dah berkahwin tak adalah juga nak terburu-buru pulang.

"Asal? " Soal Fawwaz. Lokernya di kunci setelah beg dicapai lalu mereka melangkah keluar dari syarikat.

"Lepak nak? " Ajak Aidan.

Fawwaz merenung jam tangannya. Dah nak masuk pukul sebelas malam dah dan mereka masih dipejabat. Kerja lebih masa. Kalau bos tak benarkan tak adanya mereka nak kerja lebih masa. Ni nasib bos beri peluang kepada siapa yang nak cuti lebih waktu raya nanti. Semuanya pakat nak kerja lebih masa.

"Aku jemput isteri aku dulu boleh? Dia dah tunggu dah pun. Lagipun memang kami nak makan luar. Dua-dua malas nak masak. " Sengih Fawwaz. Aidan mencebik.

"Tak apalah kalau macam tu. Aku tak nak ganggu masa kau laki bini. " Segan dia dengan isteri Fawwaz.

"Laaa... Ikutlah sekali. Tadi ajak makan. Lepas tu tak nak pula. " Pelik Fawwaz dengan Aidan ni. Kejap nak kejap tak. Mana satu entah yang betul.

"Seganlah dengan bini kau. " Ketawanya terhambur.

"Bini aku tu mudah mesra. Lelaki perempuan dia balun ajak sembang. Janji tak melampaui batas sebab bila dah melampau, dia sendiri angkat tangan. Seram! " Sempat pula Fawwaz mengumpat isterinya. Kerana sebelum ni dah pernah dia lihat. Selamba saja isterinya lempang seorang mamat ni yang pada awalnya ajak sembang kosong. Tiba-tiba masuk bab sensitif. Percuma makan pelempang mamat tu.

"Lagi aku tak nak. " Balas Aidan. Seram pula dirasanya.

Ketawa Fawwaz di buatnya.

"Tenang saja. Bukan dia main lempang tanpa sebab. Jom! Ke kau nak jemput isteri kau dulu? "

"Boleh juga. Tapi bini aku keluar dua belas malam nanti. "

"Tak apa. Kita tunggulah. Eh, kan isteri kita satu tempat kerja? " Terhenti langkah mereka berdua. Berpandangan beberapa saat sebelum ketawa mereka bergabung.

Laa ghisau...

"Bodoh! " Jari masing-masing menuding sebelum ketawa lagi.

Tambah ghisau...






✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧












        KENING Yuzma berkerut melihat hidangan yang pelayan itu letak di atas meja. Muncul mana pula sotong goreng ni. Bisik hatinya.

"Eh, dik. " Panggilnya bila pelayan itu mahu berlalu.

"Ya? Ada apa kak? "

"Sotong goreng ni tak salah meja ke? " Soalnya. Pelayan itu berkerut lalu menjawab.

"Abang belah akak tu yang pesan. " Jawabnya. Yuzma mengangguk kecil bila faham. Tak perasan pula hidangan yang Aidan pesan tadi memandangkan dia dan isteri Fawwaz sibuk bersembang.

"Terima kasih ya. "

"Sama-sama. " Jawab pelayan itu sebelum berlalu.

"Abang ni, " Aidan tersengih. Tahu maksud renungan itu.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now